February 28, 2010

ingatan buat diri

perhatian buat aku
sila tidur dengan kadar yang sempurna dan lengkap

ini prinsip kesihatan sejagat

February 21, 2010

mata hati mereka

aku hairan
jelik terhadap diri sendiri
apakah aku tidak nampak apa yang mereka nampak?
kenapa tidak aku?
dan, yang sebenar-benarnya, apakah yang mereka nampak itu?

atau, aku sering pandang ia dari sudut yang tidak sempura?
senget?
terjongkit?
terbalik?

cemburu itu sering datang

namun,
yang sering tinggal hanyalah cemburu

February 12, 2010

nampak kebaikan untuk orang lain, namun bukan untuk diri sendiri?

tercetus perihal ini di serebelum ku di tengah hari tadi.

secara ikhlas nya, aku sering terlihat atau terlintas di fikiran aku, bahawa yang sesuatu itu adalah bagus untuk orang lain. tidak kira dari segi penglihatan atau sekadar pemikiran, aku sering teringat akan sesuatu hal itu akan di memberi banyak manfaat buat pihak kedua. tidak kira buku, lagu, atau apa sahaja. pasti minda ini mengkaitkannya dengan orang lain.

namun, tidak pula, atau jarang sekali (ter-amat-sangat-paling jarang) aku pandang sesuatu itu akan membawa kebaikan buat diri aku.

mengapa ya?

February 11, 2010

mari membaca

semenjak dua-tiga-empat-lima-enam-tujuh-menjak ni, aku banyak membaca. bukan perkara ilmiah. namun, buat aku, bahan-bahan berhuruf ini memberi aku banyak pengajaran dah ilmu: tentang manusia dan sifat peribadinya, serta hubung kaitnya dengan agamaku.

ada ilmu tentang pembaziran, dan penulisan itu menerangkan hakikat pembaziran dari pelbagai sudut, bukan hanya harta dan wang ringgit.

ada juga perihal dunia yang bagi aku, kini berwarna kelabu. diseret kiri dan kanan. siapa yang sakit? yang di tengah-tengah. yang saling tarik-tarik? mungkin tidak di dunia, namun siapa tahu sakitnya dia akhirat sana. keliru.

perihal sebegini, aku cuma mampu bertutup telinga, yang menadah tangan berjejari lima. mohon doa agar pihak yang benar mendapat haknya, begitu juga si benang hitam basah. ini baru di tanah melayu. luar negara? oh, tidak mampu aku panjangkan akal ku, kerna hati budi manusia itu, tiada siapa yang tahu. semoga saudara islam ku kuat dengan iman nya.

aku cermin tubuh badan ini. mampu aku bertahan? menempuh dugaan sebegini jika jatuhnya ia di telapak tangan aku? mampukah iman di dalam hati ini melindungi aku?

tiada manusia yang tahu, hanya Dia.