June 30, 2009

Remaja Di Mata Ku

Aku gundah,
Berasa gulana.

Aku berjalan-jalan di kota raya Kuala Lumpur,
Melihat remaja yang muda-muda,
Ada yang cantik, ada yang menawan,
Ada yang hensem, oh aku tertawan.

Di sudut hati kecil ini,
Hati merah ini berbicara,
Akan apa jadi pada mereka semua?
Berasap-asap, membanjiri tepi-tepi jalan.

Ada yang namanya Timah,
Namun lagak gayanya Amerika,
Ada yang namanya Daud,
Namun lagak gayanya Amerika.

Aku tidak heran dengan agama lain,
Itu bukan perihal aku untuk cakap-cakapkan,
Tetapi apabila aku cuba tenung Islamnya mereka,
Apakah mereka sudah lupa?
Bahawasanya Islam itu suci?
Bahawasanya Islam itu ada batasannya?

Lama aku tenung,
Tenung dengan hati kecil ini,
Apakah aku cukup Islamnya?
Apakah aku mendalam pemahamannya?

Sesungguhnya malu mata ini melihat,
Sesungguhnya malu mulut ini bersuara,
Sesungguhnya malu tangan ini bertutur cara,
Sesungguhnya malu akal ini cuba berbicara.

Yang muda itu remaja,
Yang tua itu bukan lagi remaja,
Kerna mereka kan tinggalkan kita,
Dengan amanah dunia,
Dengan amanah manusia.

Hati ini runsing,
Selalu pusing-pusing,
Kemana hala tuju masing-masing?
Kalau negara dan rakyatnya berlagak asing.

Kemanakah?

June 27, 2009

Ku Rindu

Mentari sinar alam
Burung berkicau-kicauan
Malam kian menghilang
Menemukan aku dengan hari yang baru

Aku tenung dunia
Sambil itu aku bertanya
Aku siapa yang punya?
Awak? Engkau? Kamu? Atau Dia yang ESA?

Manusia hanyalah manusia
Bukan puteri
Bukan bidadari

Hidup di dunia ini hanyalah sekelip mata
Dihitung detik
Dihitung waktu

Cinta itu siapa yang punya?
Kambing?
Lembu?
Kucing?

Sesungguhnya, cinta itu Dia yang punya
Cinta agung
Cinta teristimewa

Tiada lagu semerdu kasih Nya
Tiada melodi seputih suci Nya

Kini aku tahu
Siapa yang memiliki ku
Hanya Dia yang satu
Ya, aku milik Tuhan ku

Cintanya tiada yang palsu
Cintanya hingga hujung masa ku

Ku rindu
Cinta Agung Mu

Buat Mu, Suci

Ke kiri ku buntu,
Ke hutan ku hilang,
Ke timur ku kosong,
Aku terus bosan dan segan,
Seperti waktu yang terus sahaja meninggalkan aku,
Jauh ke dalam dasar bumi yang belum ku terokai,
Jiwa ku biru,
Menunggu cintaku seumpama si buta,
Yang melihat syurga,
Umpama lampu,
Yang berbunyi hitam,
Lalu menunggu aku terus,
Kini malam tiba lagi,
Kian tinggal cahaya matahari,
Dibebankan,
Dengan bunyi rintihan hujan,
Seperti mahu sahaja aku mengejar,
Gunung yang besarnya tidak terdakap,
Seperti itu jugalah,
Rindu aku pada..
Kini harus aku menunggu,
Atau hilang sahaja aku di lautan yang luas.


- Selamat Pagi Cinta
- Azam

June 26, 2009

Tudung - Tanda Apa Buat Mu


Semalam aku jenguk-jenguk belog Galfrenzzz ini lagi. Banyak aku baca-baca. Kemudian, aku baca disini (pautan). Perihal pemakaian tudung. Aku ingin petik kata-katanya, buat tatapan kamu semua. Katanya,


10 Sebab Kenapa Girls Pakai Tudung

01. sebab dia memang beriman dan ikut suruhan-Nya, lillahita'aala.

02. sebab dia ikut mak dia, family dia sume pakai tudung.

03. sebab dia takut masyarakat/orang kampung kutuk dia

04. sebab dia rambut dia tak cantik. so tudung sbeagai pelindungnya? bila dah rebonding, boleh tanggal balik =p

05. dia tak reti sikat rambut. tudung sebagai fesyen.

06. dia malas nak sikat rambut, so pakai aje la tudung. so kesah ape sama rambut.

07. dia anggap tudung mencantikkan penampilan dia.

08. dah pegi haji beb.. kena pakai 'tudung' sket.. nnti org mengata kita pulak.

09. peraturan bekerja kena pakai tudung. ala.. sabtu ahad xapa kalau xpakai.

10. menunjuk la sket. sbb dia cantik dan dikagumi ramai.

- Galfrenzzz

Bagi aku, mungkin kata-katanya ada yang benar. Mama ajarkan aku bertudung sejak kecil lagi. Namun, apakah aku yang No.1? Atau No.2? Yang mana? Atau aku yang seluruhnya?

Aku cuba tanya hati kecil aku ini, perihal yang manakah aku?
Aku membisu, terkedu, tertanya-tanya siapa aku.

Teringat lagi, Ustaz kata, ada yang bertudung, tetapi seperti tidak berbaju, bertelanjang. Katanya, kerana ada salah pada pemakaiannya, bertutup panjang, namun ketat yang menunjukkan susuk tubuhnya. Macam akukah?

Itu aku, kamu semua bagaimana?

June 25, 2009

Itu Aku Yang Dulu

Lewat petang tadi, aku lompat-lompat sana sini. Kemudian, aku terhenti di satu belog ini, namanya Justkhai. Warna belognya pink, aku suka.

Sedang aku leka membaca- baca, aku sampai di entri yang bertajuk "Karenah Perempuan Nak Ber’couple". Entri itu buat aku tergamam, bukan apa, tapi kerana aku terbaca tentang diri aku. Justkhai petik sepuluh sebab, dan dulu aku ada diantaranya.
10 Sebab kenapa perempuan sibuk nak ber’couple
01. Takut orang kata dia perempuan tak laku
02. Dia nak ada orang bela dia
03. Dia rasa perlu ada lelaki utk jaga dia
04. Nak apa saja sume dia boleh dapat. Mana taknya, gunung emas pun kononnya boleh dibagi.
05. Saja nak merasa ape tu rasa cinta
06. Rasa selamat bila ada boyfriend
07. Rasa diri dia cantik dan perlu ada orang yg suka dia
08. Perlu test n tgk lelaki mcm mana yg sesuai sebelum ke alam perkahwinan
09. Malu semua ada boyfriend, dia aje tak ada.
10. Nafsu tak dapat dikawal
Dia petik semua itu dari belog ini, http://galfrenzzz.blogspot.com.

Nombor 6. Perihal itu buat aku terkedu. Apakah itu dulunya aku?
Nombor 8. Adakah itu maksud aku? Tujuan aku?

Sesungguhnya, aku ingin mencari sebab yang lain. Seboleh-bolehnya sebab Ilahi. Kerana hanya Dia yang tahu akan sesuatu dengan sebenar-benarnya.

Aku malu.

June 24, 2009

Tentang Dunia


Wahai dunia yang fana
Apa sudah terjadi kepada mu?
Aku utarakan soalan-soalan ku buat manusia
Yang banyak dan merata dia muka bumi ini

Kenapa kau sanggup berlagak hitam?
Membunuh-bunuh, dan merejam?
Itu semua pada ku, sangatlah kejam

Wahai saudara ku di tanah aman
Tidakkah kau sedar akan perihal semasa?
Teman agama mu kini sedang penat
Penat melawan jentera dari duit bayaran mu

Aku bukan ahli agama
Dan aku bukan para ilmuan
Namun, hati aku terang-terang sedih
Melihat saudara agama ku, dibakar dan pedih

Berita jam lapan di siaran tiga
Ada seorang anak kecil yang seperti mati hidup semula
Dia di bom oleh lawannya
Dengan bom Fosforus yang bahaya nya amat nyata

Dengan lima belas pembedahan
Satu demi satu, untuk bersihkan kulitnya yang terbakar
Terbakar oleh debu Fosforus itu
Yang aktif jika bertemu cecair

Kini, dia kembali berdiri
Namun, mampukah hatinya kembali?
Kembali mempercayai manusia lain
Yang dulu cuba mengambil nyawanya.

Sedih
Hati aku pedih

Hubungi Saya

Kini, kamu semua boleh hubungi saya dengan pertolongan borang dibawah. Mudah bukan?


Nama
Email
Tajuk
Mesej

June 23, 2009

10+10 Perkara Tentang Lelaki Dan 1 Tentang Aku

Buat permulaan, aku mahu cerita tentang 10+10 Perkara Tentang Lelaki yang kamu (perempuan) perlu ambil tahu, walaupun tak mahu. Sepuluh perkara ini aku kutip dari belog ini (pautan), hasil senarai tuan punya belog itu. Terima kasih buat LYANNE37 kerana berkongsi senarai penting ini. Dan aku ingin tambah lagi, kerana mungkin ada yang aku punya pengalaman lebih dan pedih.

Katanya :

Perkara yang harus perempuan pelajari

no. 01 : Lelaki tidak boleh dipercayai
no. 02 : Lelaki suka ambil kesempatan
no. 03 : Lelaki semua buaya
no. 04 : Lelaki mahukan yang cantik-cantik sahaja
no. 05 : Lelaki mahu dimanjakan sahaja
no. 06 : Lelaki suka merajuk
no. 07 : Lelaki pemalas
no. 08 : Lelaki semua pandai berkata-kata manis
no. 09 : Lelaki cepat bosan
no. 10 : Lelaki pandai memujuk rayu

Tambah aku :

no. 11 : Lelaki perasan dia yang paling berkuasa
no. 12 : Lelaki suka menipu
no. 13 : Lelaki banyak helah
no. 14 : Lelaki suka perempuan hangat. Kalau suam-suam kuku, pandang pun tidak
no. 15 : Lelaki mudah berkata 'I Love You', berbanding membaca bismillah
no. 16 : Lelaki lebih kuat bergossip
no. 17 : Lelaki suka main mata
no. 18 : Lelaki suka janji-janji, tapi tinggal sampai basi
no. 19 : Lelaki kata dah sampai, walhal baru turun tangga
no. 20 : Lelaki ada berhati-perutkan lelaki. Mereka tidak faham perempuan.

Kata LYANNE37, perihal diatas tidak boleh diaplikasikan kepada semua lelaki, hanya sebahagian sahaja. Kata aku? semuanya betul, kadang-kadang baru tipu.


1 Perkara Tentang Aku

Aku memang orang baru dalam dunia belog ini. Aku ada hidup yang lain. Namun, aku tidak mahu hidup di dunia baru ini di campur adukkan dengan perihal dunia lampau aku. Jadi aku bersembunyi. Bukan kerana sombong, hidung tinggi atau kedekut, namun perihal ini aku terpaksa tegas.

Aku tidak mahu rakan-rakan aku tahu tentang dunia baru aku. Aku mahu bermula semula. Dengan harapan dan tujuan yang baru. Bukannya yang busuk dan kotor seperti dahulu. Jikalau ada yang tersinggung perasaan atau terluka hati, aku susun jari-jari, mohon ampun dan maaf.

June 22, 2009

10 Soalan Khas Untuk Aku, Si Anak Lipas

Sebentar tadi, aku jalan-jalan di belog orang ramai. Cubaan untuk sentiasa 'up-to-date' kata orang putih. Sedang aku baca-baca, lihat-lihat, pandang-pandang, aku sampai di satu belog. Sungguh terkejut aku kerana tuan belog itu tulis tentang aku, Si Anak Lipas. Dia tanya aku sepuluh soalan. Sekarang, aku akan cuba jawab soalan-soalan khas untuk Anak Lipas itu.

Soalan yang ditanya dalam bahasa orang putih, tetapi aku terpaksa jawab dalam bahasa melayu. Sebabnya bahasa inggeris aku tak sedap dibaca. Tunggang langgang, kucar kacir. Macam cakar kucing. Maafkan aku.

Satu
Oh. Email mesti ada, baru boleh buat blogspot ini. Tetapi, aku rahsiakan. Takut nanti ada yang suka-suka hantar email yang menggatal dan takut kena sepam (spam). Saya suka belog kamu, sebab itu saya ikut.

Dua
YM dan email saya tak boleh nak bagi. Ini semua saya lakukan supaya tidak tercampur urusan lama dan baru. Mungkin, ikut Twitter saya? Ada link dia bahagian di atas, di kanan. Terima kasih kerana buat satu entri untuk saya. Malulah :P

Tiga
Berkenaan 'design' belog ini, ambil-ambil saja. Yang percuma. Dan cuba-cuba. Suka ya? Terima kasih.

Empat
Semua belog-belog itu dah lama ikut. Baca-baca sahaja. Senyap-senyap. Ikut lompat-lompat ke sana-sini. Oh ya, mungkin masih baru, rasanya dah tambah. Semuanya bermula dari abdusfauzi.com, dan terus lompat ke belog-belog lain.

Lima
Maaf, tidak kenal mereka, cuma kenal belog-belog saja.

Enam
Eh? Kalau saya kata 'stalk' belog mereka, boleh diterima? Maaf kalau mengganggu.

Tujuh
Oh. Ada kawan nama seperti saya? Kenapa sudah kurang rapat? Ish. Maaf kalau soalan berbau peribadi.

Lapan
Anak Lipas itu ada sejarahnya. Dulu saya suka cabut lari dari kelas. Kata cikgu, seperti lipas kudung, laju hilangnya. Hehe. Itu dahulu. Sekarang, sudah lambat. Haha. Malah, saya tidak takut lipas, cuma kalau dihinggap, rasa gerak kakinya yang menggelikan itu yang saya tidak suka.

Sembilan
Gembira berkenalan dengan kamu. :)

Sepuluh
Akhir sekali, terima kasih kerana letak pautan ke belog saya di soalan terakhir.


Oh. Sebelum terlupa. Tuan belog itu namanya A'ishah Kamaludin, dari Miri, Sarawak. Kamu boleh baca belognya disini (pautan).

Maaf buat pembaca lelaki, beliau sudah berkahwin. Terlepas. Huhu.

Isnin Yang Penat

Hari ini, hari Isnin
Asalnya aku anggap ia seperti hari-hari lain
Namun, salah tanggapan aku
Hari ini rupanya bukan begitu

Hari Isnin ini buat aku penat
Letih, lelah, dan buat muka aku pucat

Arh!
Ini sudah jadi kes parah
Hampir kering aku punya darah
Jadi hitam, yang asalnya merah

Aku mengeluh.
Aku berpeluh.
Dan asyik berpeluk tubuh.
Aku lihat jam tangan, tepat dua sepuluh

Itu semua tabiat tidak elok
Kalau nak jalan, kena ketuk
Sama saja macam beruk
Muka masam, bau busuk

Jam petang yang ku nanti
Apa lagi, cabut lah lari

Satu minggu, satu hari
Itulah Isnin, hari ini

Betul. Aku tidak tipu. Hari ini penat semacam. Aku pelik. Walhal, tidur cukup. Ish. Rasa pelik.

June 21, 2009

Ini dari tangan Yuna

Aku jalan-jalan. Aku jumpa ini. Kesian buat Yuna, sampai perihal kematian pun ada yang mahu dijadikan bahan untuk cerita, malah dikaitkan dengan Yuna yang kononnya sombong atau penipu. Haih. Si pembuat cerita itu patut kena leku dan cubit-cubit. Sampai dia pedih. Hehe.

Ok, ini aku curi dari Yuna, dia yang tulis:

Assalamualaikum to everyone!!

As I am writing this, I am in Ipoh, shooting for an RTM program called Xpresi Kembara, a travel show hosted by local musicians, traveling around Malaysia and showing the viewers all the interesting places.

However today I was alarmed by a newspaper article saying I lied to a newspaper, giving excuses such the death of my uncle to avoid photoshoots, as I read the article, at first i felt victimized. Then again, Alhamdulillah, Allah has given me all the patience in the world not let this article effect me in a negative way. When a newspaper bashes you like this, only God knows how tormenting the effect can be towards a person and their family.

So.

First issue in this article, is the title. PAKCIK MENINGGAL KE YUNA?

I feel like this is very inappropriate. I was raised by my parents (and my beloved UNCLE) and my grandparents not to play with the matter of death.

I admit I was very busy, very very busy (I was in the midst of my FINAL exams, opening up my new shop, taking care of the accounts, and pre production in the past few months) and we will politely turn down any photoshoot offers that comes within those months. And there was a few photoshoots that we turned down, and we told them that we were involved with the shooting with RTM. And I would do all this a respectful manner. Anyone from any newspaper who have worked with us would have known the way I am in real life.

I would never, EVER give them excuses such as my uncle died. This is very disturbing to me and my family as I am very close to my uncles, and they are all healthy, alive and kicking. They are awesome people. You should meet them. =)

So its safe to say, the statements in the newspaper is not true.
YES we are involved with the RTM shooting, (in case any other rumours starts) and NO ONE HAS DIED. My uncle, my mom, my dad, my mom, my cousin, my bandmates, Wawa... EVERYONE IS ALIVE =D Alhamdulillah.

But a while ago, we discovered another article saying that it was actually Stacy's uncle who passed on. Saya, dan keluarga ingin mengucapkan takzia kepada Stacy dan keluarganya.

I am truly sorry for causing any trouble to the newspapers, but be noted that I would never give excuses to a newspaper photoshoot just to avoid it. If I cant really make it for the photoshoot, it means I really really cant. And I am truly sorry for that.

I have to go now, the shooting is going to start anytime soon. I'll update more on that! It's been really fun and we cant wait to share this experience with you!

Thank you. and much much love from your ordinary and simple girl. =)

Yuna


Kesian Yuna kan? Hish, geram betul.

Hari Semalam

Semalam seharian
Aku ke bandar bersama teman
Ke hulu, ke hilir, berpegang tangan
Apakah ini dinamakan suatu hubungan?

Jauh di sudut hati aku berkata
Apa yang aku rasa semuanya mungkin dusta

Bak kata buku cerita kecil yang Mama beri
Bagai musang yang bersembunyikan bulu biri-biri

Dia kata pada aku yang disayangi
Yang bunga kita akan kekal wangi
Sehingga hujung abad, kekal abadi

Aku harap semua ini bukan mainan
Kerana aku sudah tidak sanggup lagi
Jadi yang bodoh dalam suatu penipuan
Yang kononnya kelihatan indah, malah suci

-----[-]-----

Hmm. Aku takut. Resah. Bingung. Apakah semua ini hanyalah kata omong kosong? Tidak berisi? Tiada erti? Ergh. Ya Allah, tolonglah hamba Mu ini, yang sedang bingung dan kurang akalnya.

Aku perlu hidup baru.
Hidup yang bukan celaru

June 20, 2009

Pesan Ayah

Ayah selalu pesan
Solat jangan tinggal-tinggalkan

Ayah selalu beri peringatan
Supaya aku jangan ikut syaitan

Ayah sering bagi duit
Supaya hidup harian aku tak sempit

Tapi, apa aku balas?
Hanyalah keputusan peperiksaan yang cukup-cukup lepas

Apa aku buat?
Bila kena marah, terus buat muka ketat

Apa aku bagi?
Alasan yang sama berjuta-juta kali

Namun, kasih Ayah tetap datang
Untuk aku yang tak cukup matang.

Terima kasih buat Ayah
Kerana selama ini bersusah payah

Selamat Hari Bapa aku ucapkan
Semoga umur Ayah kan berpanjangan


SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH KU!

Pesan Mama

Mama selalu berpesan
Terus berwuduk bila dah azan

Mama selalu ingatkan
Malas itu bisikan syaitan

Mama selalu perhatikan
Kalau salah, Mama ajarkan

Tapi, itu semua dulu
Kini, aku sudah pun besar
Dan sepatutnya aku berasa malu
Sebab lupa apa yang Mama pernah ajar

Mama..
Terima kasih.

Entri Pertama : Suatu Permulaan

Ini penulisan yang pertama
Aku coretkan di dunia imaginasi yang luas ini
Yang akan menjadi papan hitam percuma
Untuk pensel dan kapur yang aku beli

Sekian.