September 27, 2009

disepak-terajang duniawi

ini al-kesah duniawi
ini al-kesah masa kini

apabila duniawi menolak kamu jatuh
ia menyentak serebrum minda mu
supaya kamu bangun dari lelap akal mu

...
arrh, ini tidak tulen. maaf.

...
mula semula.

hari ini, hari aku
aku mahu bicara tentang mata hati ku

raya ini, aku ada bincang-bincang
berjuta-juta perihal hidup
namun ingin aku sebutkan, semuanya kata-kata duniawi

perihal kahwin
anak bini
anak suami
sayang menyayangni

ini buat aku fikir-fikir
ini buat aku tenung-tenung

apakah semua itu, boleh diukur dibadan ku?
apakah semua itu, untuk insan seperti ku?

masuk soal hati, aku lemah
lembik gemalai
bertutur membisu
kerana aku tahu, hati ini sudah batu

persoalan emas ditanya, jawab aku:
yang dihebah, mahukan yang paling hensem
yang dihebah, mahukan yang paling tegap
yang dihebah, mahukan yang paling cerah
yang dihebah, mahukan yang paling kurang kawahnya

namun, perihal sebenar
yang diterima, tidak perlu yang paling hensem
yang diterima, tidak perlu yang paling tegapnya
yang diterima, tidak perlu yang paling kurang gelapnya
yang diteriam, tidak perlu yang licin mempelam kulitnya

kerna, apa yang penting
iaitu akalnya
iaitu tingkah-lakunya
iaitu sopan-santunnya
iaitu uniknya

itu, bagi aku
namun, kalau mereka tidak sehala dengan aku
bukan salah mereka
itu kepelbagaian namanya

hati aku satu
hati aku sudah jadi batu

masih adakah peluang intan?
masih adakah peluang permata?

namun dalam sejuta,
hatiku hanya untuk yang dua
Dia yang Esa,
dan si dia yang berbeza.

September 20, 2009

Itu semalam, dan bukan hari ini

semalam, aku masih berikat perut
semalam. itu kisah semalam

hari ini lain
hari ini hari mulia

selamat hari raya,
buat semua,
keluarga tersayang,
kenalan,
dan buat C.

selamat hari raya,
maaf zahir batin.

September 17, 2009

Hampir Tamat Suatu Permulaan Yang Indah

hari ini, masih puasa
hari ini, masih perlu berbuka
hari ini, bukan lagi minggu ketiga
hari ini, hari berpuasa tinggal dua

aku tidak rasa gumbira
aku tidak rasa suka

malahan, hati ini sedih
kerna kurangnya amal di hari yang sudah

dahulu, hari raya itu amat dikira tempoh tibanya
namun tidak kini. itu semua bukan lagi yang diimpikan

terawih kemana, solat jemaah kemana
semua jadi angan-angan
rugi

buat umat islam sedunia
buat umat islam yang berpuasa sahaja
aku ucap selamat menyambut hari raya
aku ucap guna belog ini sahaja

pakcik, makcik, akak, abang, adik kecil
selamat jalan-jalan, moga hati-hati
selamat raya aidilfitri
ucapan dari hati ini

buat aku?
itu semua tidak bererti
aku rela begini
aku pilih jalan ini

cuma puasa dan pahalanya yang dirindui
salam akhir ramadhan

wassalam

September 04, 2009

dimata orang lain, dia disalah anggap

ini kisah orang lain
tapi telinga aku dengar-dengarkan
pada asalnya, aku hanya 'terdengar'
kerana mereka bertutur bicara berhampiran sahaja

Watak-watak yang terlibat:
- A & B sebagai watak yang sedang berbual-bual / berbincang
- C sebagai subjek perbualan A & B


ceritanya berkisah begini
A & B bercerita perihal hati
mereka katakan D, E, F sememangnya identiti sendiri
namun, tidak buat C, katanya curi-curi

dulunya, C bukan begitu
mungkin dia pernah tersimpang berbatu-batu
namun, kini C sudah berubah
malah, sama seperti mereka, kadang-kadang berjubah

telinga aku sakit
hati aku cuba jerit-jerit
apakah salah bagi C untuk tukar tiket?
dari barat ke timur, malah berakit-rakit

itulah manusia
kadang-kadang kita terlupa
bahawasanya insan itu mampu bertukar rupa
ada yang cantik, ada yang lawa

mereka sebut, C hanya curi-curi
padahal, bukannya cermin sendiri

kan aku dah kata
manusia mudah lupa

apa kata kita ambil cermin
tengok diri sendiri, kalau cantik, amin

bagi aku, yang hanya lihat jauh-jauh
aku syukur, C mula berubah
aku akur, C memang tabah
alhamdulillah

setiap manusia itu ada kemahuannya
dan bagi aku, C ada kehendaknya
apa yang dilakukan oleh C, tidak salah, malah mesra
namun A & B yang buruk sangka

C mahu lebih mesra
C mahu lebih agama
C mahu buat apa yang dia mahu
C tidak mahu tersekat dek orang lain punya bulu

A & B kata C patut cermin dirinya
aku tidak kata salah
namun, setiap manusia itu ada kelemahannya
dan perihal baju ketat itu, mungkin tersalah langkah

apa salahnya kita menegur sapa
atau sekadar lakonkan seperti bertanya
atau berdoa agar C lebih sempurna
dan bukannya memperbesarkan kelemahannya

benar kata C suatu ketika dahulu
perut orang, siapa yang tahu

sedang kita usaha siram bunga merah
ada juga duri tajam dah berdarah
semua itu tidak disengajakan
namun, ia terluka jua dan memedihkan

demikianlah perihal C,
dimata orang lain, dia disalah anggap

bersabar ya C.