December 30, 2009

perihal 85

takut
risau
gundah gulana
bingung

tapi mahu

berkahwin

-______-

December 29, 2009

demam kus kus

mata sakit. rasa macam dah jadi vampire sebab tak boleh tengok cahaya terang-terang. malam, pakai shades waktu driving. bahaya tak? hik hik hik.

badan sakit-sakit. otak pusing-pusing.

tak suka -______-

December 22, 2009

perihal 84

tamat sudah membaca buku si budak kaca mata bulat-bulatan,
kini bermula dengan himpunan daripada si penulis yang bermula di penjara,

dia, jeffrey archer

harap maklum.

December 13, 2009

perihal 83

ini karangan rojak cherita. kalau kamu tidak sibuk, sila baca dengan tenang. jika tidak, ambil masa, baca sekerat-sekerat
------

cherita pertama : orang-orangan semacam kamu

aku tak faham
tidak mengapa, aku terus ingin bertutur bicara
perihal ini aku tembak secara rambang
biar semua terkangkang

aku tak faham
bagaimana mereka bisa berlidah tiga
bagaimana mereka bisa bertutur bunga
hanya untuk menyah-beku-kan hati si jelita

aku tertanya-tanya
adakah kata lidah dan gusi itu benar belaka?
adakah kata lidah itu separuh benar?
adakah kata gusi itu separuh tipu?
atau, di awalnya putih, namun di akhiri dengan hitam?

aku cuba ukur-kira
adakah mereka sentiasa ada perisainya?
adakah mereka tiada salahnya?
dan mencurahkan kata pengikat, yang hanya benang-benang ilusi

semuanya nampak manis dan sedap di mata
semuanya berbau harum dan warni warnanya
padahal, disalut racun lutsinar lagi berbisa

aku tiada anti-soalan nya
------

cherita kedua : ilham untuk sang jejari

mudah, pendek sahaja ingin aku mula bicara
ok. aku rasa curiga
bagi aku, mudahnya untuk bercakar sayu dan emosi di papan kekunci
namun keras dan tumpul untuk berkata dari akal dan bijaktari

aku sering bertemu mata dengan kata-kata emosi ini
aku fokuskan pada bahasa melayu
mengapa ya?
mudah? cepat? ter-biasa?

yang banyaknya
penulisan mengutuk rejam pihak kedua
penulisan bangga dengan yang haram
penulisan tangis sedih ditinggal sang pencinta dunia
penulisan besertakan paparan tangan-mu-di-pinggangku-mulutku-di-mulutmu

cukup pedih,
antaranya beridentitikan bulan dan bintang
yang celiknya diazankan
yang tangis pertamanya diiqamahkan

ini semua cacai kedunia
buat ratapan rakus mata-mata yang bernyawa

aku juga tidak seputih mutiara
namun, alhamdulillah, aku masih tidak tidak hitam keseluruhannya
moga saki-baki ini semakin bertambah
dan semakin meliputi yang seluruhnya

ops. jauh aku tersimpang.

buat sang jejari
jagalah merah darahmu
jagalah seketul daging didadamu
itu yang paling utama
------

cherita ketiga : rancangan gagal

ini perihal yang sudah. rancangan gagal. hmm. jadi, apakah rancangan terakhir, supaya tidak tumpas buat kali ketiga?

usul rancangan ketiga : biar sahaja / bermatian hidup segan

mana satu yang lebih sempurna?

December 11, 2009

perihal 82

dalam berkelip-kelip mata
hati tiba-tiba gundah gulana

mengapa ya?
resah
gelisah
ada sesuatu yang tidak kena

tapi apa ya?

duduk tak selesa
berdiri tak selesa
berjalan pun tak selesa

kenapa ya?

ada semacam sesuatu yang menganggu fikiran
cuma, apakah yang difikirkan?

agaknya, apa ya?

December 08, 2009

perihal 81

pesan mama

duit ratusan yang kene curi pada sekian hari itu, mungkin bukan rezeki kita. jangan rasa panas. jangan simpan kesumat dendam. berdoalah, jika ianya rezeki kita, dipulangkan kembali. jika tidak. biarkan sahaja

hmm.
baru ingat, jikalau seperkara itu tidak lekat di tangan kita, sebenarnya kita hanyalah medium laluan rezeki buat yang lain.

wallahualam

tetapi,
sedih itu tetap ada,
kerna ratusan itu hasil usaha.
dan sedih,
kerna ada manusia yang berpelakuan begitu.

sedih.

November 30, 2009

perihal 80

tiba-tiba
kamu ada

asalnya pelik di minda
rupanya, kerna aku juga

ceh
suspen


---
aL

November 23, 2009

perihal 79

kau sungguh indah di mata ku
menerangi yang gelap biru
si penunjuk arah buat yang keliru
menjadi tatapan kornea kecil ku

diri mu
ku abadikan dalam hati ku
ku terapkan dalam nota harian ku
ku simpan dalam ingatan ku

pabila ku rasa kehilangan
kerna kamu tiada di pandangan
ku akur, itu sudah takdir Tuhan
tiada apa yang dapat ku katakan

semua ini yang aku cakar-cakarkan
hanyalah kerna mu si intan
hanyalah kerna mu si berlian
ya, kamu.. oh bulan

tammat

ku tatap diri mu di malam hari
disamping teman-teman mu disisi

yang sering menemani mu setiap masa
ya, mereka. si bintang-bintang perkasa

kelihatan teman-teman mu itu kecil di mata
rupanya mereka adalah teman dengan matahari juga

tammat

-----
aL

November 19, 2009

tentang masa

kata orang masa itu emas
kata aku masa itu bikin lemas

kata orang masa tidak menunggu
kata aku masa tidak pernah cemburu

kata orang masa itu sangat berharga
kata aku masa itu tidak boleh di timbang kira

masa
tik tok tik tok

dalam teori kewujudan masa
albert einstien pernah bertutur bicara
dia beranggapan, masa boleh dikaitkan dengan tenaga
dan tenaga itu sentiasa ada
dulu, kini, dan selamanya

ikut tutur lidahnya itu
kita berkemungkinan untuk pulang ke masa lalu

mungkin ya
mungkin tidak

jika dan jikalau
diriku mampu untuk ke masa lampau
ingin aku perbetulkan amalku
ingin aku selamatkan hatiku

namun begitu
jangan dibuat mimpi yang menipu

hidup aku adalah pada masa kini
hidup aku adalah pada saat ini

yang dahulu, jadikan pedoman
yang kini, jadikan amalan
yang akan datang, jadikan impian

tammat


---
aL

November 14, 2009

maafkan aku. kini, aku ingin pulang


(cubaan rerama lari dari bayangnya, pautan)

-----

aL pusing-pusing tikus palsu ini
membuat cubaan pulang ke masa lampau
masa awal dahulu
masa awal di belog ini

rupanya, aL sudah lupa
rupanya, aL sudah alpa
rupanya, aL sudah 'tiada'

kini, aL kembali ke masa hadapan
namun, kembali dengan asalnya tujuan

mahu tulis-tulis
tulisan kreatif
tulisan puitis
tulisan idealis

dan bukannya kata hitam
atau coretan malap, kelam

maafkan aL
kini aL ingin pulang
dari jalan yang jauh tersimpang

maafkan aL
jika aL pernah melontar lidah pahit
jika aL pernah berkata pedih
jika aL pernah bersuara sedih

mahu pulang
mahu jadi yang bukan alang-alang

doakan aL ya?

wassalam.

masih kekal

hanya ada dua
dan masih kekal di kepala
DIA mestilah yang pertama
namun, masih ada *dia
tidak kira dimana
tidak kita bila
tidak tentu masa
oh, mengapa

---
aL

perlu berkeras kepala

ini pesanan buat diri
dalam perihal itu dan ini
aku perlu keras hati
tapi jangan sampai mati

ini amaran keras
mesti berusaha tutas-cantas
mesti teruskan tebas-tebas
tidak boleh bermalas

...
..

maaf. aL hilang akal. putus sumber dari sereberum kanan dan kiri.

perlu.
cekal.
sila.
bertahan.
ini.
dugaan.

November 12, 2009

mari berdoa ketika hujan. boleh dapat rahmat banyak-banyak


sumber gambar: pautan

jangan salah faham, ini bukan perihal hujan yang menyanyi itu. ini hujan air langit. ok?

selaku rakyat malaysia, aL mahu kongsi ilmu yang mudah ini. ilmu apa? ok. malaysia adalah sebuah negara yang terletak di kawasan khatulistiwa (geografi menengah rendah). ini bermaksud, negara ini merupakan negara yang terletak di kawasan panas dan lembap sepanjang tahun.

apa yang penting dengan semua ini? menurut kajian, negara malaysia sering di turuni hujan. insyallah, sepanjang tahun akan menerima titisan air langit ini. oleh itu, ustaz pernah berpesan kepada aL agar sentiasa membaca doa ini jika hujan. Nabi biasa membaca doa ini jika dilihatnya hujan turun.


اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Allahumma soyyiban naafi’an

maksudnya:
“Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang membawa manfaat.” (H.R. Al-BukhaRy)

faham? ini bermaksud, setiap titisan air hujan itu, kita doakan agar ianya adalah rahmat dan manfaat. kamu semua tahu bukan, titisan hujan itu beribu-ribu lemon, malah lebih dari itu! banyak sangat!

jadi, hafal dan amalkanlah doa ini, ok?
sampai-sampaikanlah, dan selamat beramal.

rujukan: pautan

November 09, 2009

dadah digital

ini semua dadah digital
betul
tak tipu

kini, sudah ketagihan
salah siapa?

ampun mama
ampun papa

:(

November 08, 2009

tersalah langkah

pengsan

macam mana ni
*risau*

tersalah langkah, kan dah merana
*masam*

*lari ke dapur
*lari ke tandas
*guling-guling di ruang tamu
*kembali ke bilik sendiri

*menjerit dari dalam diri

"AAAAAAARGH!"

*penat
*tidur semula

pengsan

semangat baru

"pemeriksaan adalah bulat di hujung. saya berjudi kamu sedang bersedia untuk ia bukan? apa pun, hanya lakukan kamu punya terbaik. bagus tuah!"

daripada makcik



makcik, maafkan saya.

November 07, 2009

haru biru kacau bilau

haru biru
kacau bilau

bukan apa
kelantan atau negeri sembilan?
yang mana?

hmm
ok. macam ini
kita sokong siapa yang menang!

ok tak?
kah kah

atau, sokong yang kalah
supaya mereka tidak jiwa kacau nanti
bila tidak jiwa kacau, tiadalah peperangan rakyat
mercun sana, mercun sini
logik tak?

apa-apa pun
adat permainan ada kalah menang
jangan sampai pecah kepala
jangan sampai buat dosa (maksiat)

jom
mama dah panggil
turun bawah, tengok bola

babai

November 06, 2009

lepaskan

wahai anak lipas
aku arahkan kau lepas
lepaskan genggaman mu itu
lepaskan cengkaman hati batu mu

lepaskan ia ke udara
biarkan ia terbang kemana-mana

kini
saat ini
kamu harus mula berjalan
supaya maju kehadapan

biarkan sahaja yang disini
kerna mungkin ada yang menanti

lepaskan
kerna kamu harus menuju kehadapan

jika satu yang tiada
dan jika bukan yang dua
atau tiada yang tiga
terus maju, jangan putus asa

kini kamu lepaskan tali dunia
dan kejarlah yang diluar fantasia

tam-mat.

------
06:08
6 Nov 2009
aL

November 05, 2009

jadi jahat

:)

tiada apa-apa
sekadar mencoret sesuatu

*babai

November 04, 2009

saya tak suka

...
"saya tak suka gambar kamu"
"assalamualaikum"

tammat.

November 02, 2009

kenapa berahsia

salam buat semua. buat kali ini, aL ada satu perkara untuk dibincangkan. aL mahu bincangkan perihal usrah.

*sesak nafas.
*lemas.
*tarik nafas.
*hembus.
*masih sesak.

mari bermula.
ada kenalan aL kelihatan tidak selesa dengan apa si *dia lakukan. bukan apa, namun raut wajahnya seperti terdapat unsur tidak senang apabila berkata-kata perihal usrah ini. kenalan aL bukannya tidak membenarkan perkara sebegitu, namun itu yang aL perhatikan. kelihatan gelisah dan tidak selesa.

ceritanya, aL memberi cadangan kepadanya supaya berkenalan dengan yang lebih muda. bukan apa, sekadar berkenalan. biar luas pandangan.

namun, kenalan aL terus merujuk kepada si *dia. katanya, tidak perlu kerana si *dia sudah lakukannya. tersentak di sereberum aL apabila kenalan aL berbicara sedimikian. bukan apa, raut wajahnya kelihatan tidak ceria.

aL tegur, apa yang si *dia buat, hikmah usahanya mestilah untuk dirinya. maka, mana usaha kita? bila pula untuk diri kita? jangan lepas tangan hanya kerana orang lain sudah lakukannya. kalau mahu, perlu usaha.

kemudian sambung kenalan aL, yang bahwasanya, si *dia lakukannya secara rahsia. rahsia? aL pelik. tergamam. apa maksudnya rahsia?

terangnya, si *dia lakukannya usrahnya secara berahsia. tiada diketahui kenalan aL ini. tiada hebahan yang sampai ke tulang osikelnya. tiada ajakan. tiada pemberitahuan.

hmm.

suara mulutnya buat aL berfikir sejenak. mahu ambil kira kesemua pihak. tidak boleh senget imbangannya.

tamat.
perihal kenalan aL, henti disini.

mula semula.
ini perihal dari aL sendiri.

fikir dalam. fikir hingga mahu kelam. bukan apa, aL rasa, kedua-dua pihak mungkin ada kelemahannya. mari aL pertuturkan usul-usul dari minda halus si anak lipas comel ini.

usul pertama:
kenalan aL tidak perlu rasa disisihkan. tidak perlu rasa dipinggirkan. tidak perlu rasa dirahsiakan. bukan apa, jika aL tahu akan aktiviti si *dia, masakan orang lain tidak tahu? serta, tidak perlu rasa janggal, kerana si *dia tiada tanggung-jawab untuk mewarwarkan segalanya kepada kenalan aL ini. kita kan ada rancangan harian sendiri? senyum dan jangan rasa kecewa ya.

*senyum*

usul kedua:
jika kita rasa kurang. rasa mahu. jangan ditunggu. kita yang harus maju. dalam perihal ini, disarankan kenalan aL yang kehadapan. cari peluang, atau lebih bagus, cipta peluang itu.

*senyum lagi*

usul ketiga:
si *dia mungkin tidak tahu. tiada teringat, atau tiada terdetik untuk berkata hebah. mungkin ini perlu. jarang ketemuan? sistem pesanan ringkas pun boleh juga. jika ditanya kemana, mungkin perlu dinyatakan tempatnya. tidak salah bukan?

*senyum*
*mata sepet*

usul keempat:
insyallah, si *dia boleh keutarakan jemputan kepada kenalan aL ini. manusia mungkin malu. jadi, diantara dua, salah seorang mulakan dahulu? ini hanya sekadar cetusan neuron aL. bukan arahan keras.

usul kelima:
risau aL akan wujudnya salah tanggapan diantara yang dua. bukan apa, mereka bukan ahli magis. boleh tahu isi hati antara kedua. mereka juga manusia biasa. minta dijauhkan perkara sebegini. insyallah.

usul berhenti disini.
tamat lagi.



---
rindu pagi. rindu yang empat. rindu nasi lemak. rindu batu yang ketawa. rindu kimia itu. rindu yang dahulu.

siap. mula.

siap.
selesai.

3..
2..
1..
tett!

mula.

November 01, 2009

rehat

rasa hangat
rasa penat
macam-macam buat
semua itu kerahan semangat

perkabaran dahulu
aL bagai tukul dengan pahat
*dia pula bagai ulat bulu
sememangnya tugasan aL tersekat-sekat

perkabaran masa kini
aL sudah mula berlari
aL cuba pecut *dia hari-hari
walaupun *dia bagaikan kereta-api

perkabaran dikemudian masa
ini sesuatu yang aL tidak pernah rasa
melompat-lompat yang tidak kira tempohnya
menuju suatu penamat yang akan tiba

mestila penat
memang perlu rehat
otot-otot bukan alat
semua itu akan ada ralat

menunggu tiba sebuah penamat
ini sebuat memori yang sudah terpahat

sudah. kini tammat.

October 30, 2009

khutbah jumaat

ops. ops. bukan aL yg mahu bagi khutbah, cuma aL mahu kongsi sesuatu mengenai khutbah jumaat ini.

perihal yang mahu aL keutarakan hari ini adalah 'perempuan digalakkan untuk mendengar khutbah jumaat/raya', pesan Rasulullah. namun, terdapat hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa perempuan lebih digalakkan untuk solat dirumah kerana itu lebih baik buat kaum wanita. pesan Rasulullah, mereka digalakkan ke khutbah jumaat/raya kerana pada zaman dahulu tiada media eletronik, melainkan berkumpul di masjid.

“Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhu katanya: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Janganlah kamu tegah perempuan-perempuan kamu pergi ke masjid sedangkan di rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka” (Hadis riwayat Abu Daud)
sumber: pautan

aL terbaca perihal ini diri sebuah buku. maaf, aL sudah lupa tajuknya.

apabila difikirkan kembali, bagaimana dengan zaman masa kini? adakah perkara sebegini masih praktikal? adakah terdapat suatu ruangan khas untuk wanita duduk dan mendengar khutbah?

“Adalah disunatkan (mustahab) bagi perempaun tua hadir menunaikan sembahyang Jum‘at (ke masjid) dan makruh bagi perempuan muda hadir pada semua sembahyang yang berhimpun (bercampur) dengan lelaki kecuali pada sembahyang hari raya” (Al-Majmu‘: 4/405)
sumber: pautan

October 28, 2009

selamat malam

tiada apa-apa
cuma mahu ucap selamat malam sahaja

---

"akan aku jadi"

October 25, 2009

mari kita jalan-jalan

satu lagi belog harian
kah kah kah

hari ni, atau sebentar tadi
aL keluar berjalan-jalan disini
dikala kesana kesini
aL terserempak dengan belog ini

aL jumpa belog Yuna!
hik hik hik

dia pesan ada lagu melayu baharu
dan dia letak previu lagunya itu
kamu kamu kamu boleh dengar disitu

aL tidak sabar mahu dengar lagu penuhnya
cuma, kurang selesa dengan muzik latarnya
mungkin, terlalu kasar buat aL

apa-apa pun, Yuna, teruskan usaha ya!

hmm.

Yuna ada pesan:
... what I really think about the entertainment industry, but I realized, going from a blogger(I blogged since I was 13) to a somewhat public figure (I hate calling myself an 'artiste', because I don't really want to believe that I am one, if I do, it will ruin me and the sincerity of my work), is difficult.

It sucks because everything that I say will be used against me, I mean, maybe the fact that I'm using the word 'sucks' here would be controversial, you know what I mean? I can't really be blunt about anything anymore. Some will not appreciate it.


kesian bukan?
syukur aL tidak di dalam kasutnya
mungkin aL sendiri tidak mampu

fuh.

emosi

mahu tulis perihal emosi
namun, tidak dilaksanakan
kerna, emosi itu tidak sesuai diperihalkan ke serata dunia
biarkan sahaja di dalam
buat makan si jantung hati
buat minum si perut basi

kini, biarkan sahaja emosi itu
biar mati di dalam

kini, kita terus maju
menuju puncak (ini bukan iklan akademi fantasia)
puncak yang tiada penghujungnya

satu, dua, tiga..
LOMPAT KE ATAS!
ZOOM!

October 24, 2009

jeritan padu

satu
dua
tiga

empat
lima

*menjerit*

aaaaaaaaaargh!

*senyum*

bukan apa
hanya mahu uji suara
mungkin, lepas saringan akademi fantasia
mungkin, mampu jadi teman yuna

haha

sudah sudah
tutup mulut semula

lalala~

---
selamat ulang tahun kelahiran. maaf terlambat. tidak sengaja.

October 22, 2009

cemburu yang baik. wujudkah?

semburu.
ops. salah.
cemburu.

hari ini biarkan si cemburu bertanya
namun, bukan perihal cemburu buta
ini cemburu pada si dia
ini cemburu dengan kepantasannya

contohnya,
mama

aL cemburu dengan mama
mama siapkan kerjanya cepat sahaja
kerja rumah
kerja pejabat
masak-memasak
basuh-membasuh

semualah
laju sahaja

cemburu aL, mahu lawan mama
mahu lagi laju dari mama
mahu lagi lawa dari mama

haha!

cemburu aL tidak menjatuhkan pihak mangsanya
cuma, ingin lawan dengannya
lawan aL dengan usaha
bukan lawan dengan sia-sia

cemburu ini, baik kah?

---

aL gembira, dapat merasa nikmat 'aku mahu buat lebih dari itu'. nikmat ini buat aL 'hidup'. namun, aL gelisah kerana risau akan tingkah-laku aL ini, akan ada kesan hitamnya. siapa tahu, ada pihak ke-lima atau ke-lapan-belas yang terasa.

aL hanya mahu lawan si dia. lawan kerahan tenaganya. lawan usahanya. namun, jikalau keputusannya aL tidak berjaya, tidak mengapa. aL sudah puas rasa.

:)

October 20, 2009

bayi lelaki comel

semalam, a.L mohon untuk bermimpi
a.L mahu jus lobak susu
a.L mahu jus oren
namun, lain yang aL dpt

aL bermimpi
antara mimpi yang indah buat aL

aL sudah berkahwin
aL baru sahaja menimang seorang bayi
bayi itu seorang lelaki

puas
sumpah, walaupun dalam mainan khayalan
aL rasa puas
aL rasa gembira
aL rasa itulah nikmat dunia

bayi lelaki aL ada ciri-cirinya
bayi super pintar
bayi super pandai
bayi super bijak
tidak asyik menangis-nangis

namun
belum sempat aL cuci bahan tinja bayi aL
telefon bimbit aL berbunyi
mengejukatkan aL subuh

namun
belum sempat aL tenung siapa si suami
azan petanda sudah hampir fajar berbunyi
cuma, di ketika itu, ada aura seperti si *dia

mimpi
bayi lelaki comel
sumpah, memang aL tidak lepas pandang bayi comel itu

agaknya,
inilah rejuice yang dikurniakan Ilahi

kini, aL sudah bersemangat
jikalau tidak sepenuhnya
ia sudah mengisi ruang kosongnya

oh, bayi comel dalam mimpi
besok hari, jumpa lagi ya

---

aL tidak sempat menamakan bayi tersebut
*sedih*

aL ada senarai nama buat bayi perempuan, tiada buat bayi lelaki. cadangan?

mengisi jus semula

aku mahu buat nama ringkas
supaya dapat aku tulis dengan pantas
a.L = anak lipas

----

a.L rasa, kini sudah sampai masa untuk a.L mengisi semua jus-jus manjakani semangat. atau, mat salih ucap berbunyi 'rejuice'. konsep ini bermaksud mengisi kembali apa yang pernah wujud. hmm. *uhuk*uhuk*

1..
2..
3..

yea!

...

*kembali tidur* (fizikal kurang bertenaga)

----

mahu mimpi jus lobak susu
mahu mimpi jus oren
lalala

nyam. nyam.

October 19, 2009

tujuan hidup ini

tujuannya?
mudah sahaja.
untuk hidupkan yang ketiga
untuk ceriakan dunia

ha ha ha

yang pertama?
si dia
yang kedua?
si dia
yang ketiga?
aku la

la la la la la

*puas*
*senyum*

October 18, 2009

kertas-dinding : hati muzik (wallpaper)



ini cubaan pertama aku. kalau tidak cantik di dinding kamu-kamu-kamu. mohon keampunan.

hati muzik : muat turun

---

kertas-dinding = wallpaper

matlamat hidup 2

tukar semula
kalau kamu baca yang pertama
jangan lupa baca yang kedua
ini yang sebenarnya

perihal matlamat ini..
aku dikatakan, mungkin sudah capai apa yang dinanti

tenung aku..
sudah capai?
namun, apa yang ingin aku capai?
sudah sampai?
namun, ke manakah yang ingin aku sampai?

jikalau inilah tujuan hidup aku
sememangnya aku hanya inginkan diriku

aku ingin aku?
haha. sila tertawa.
sesungguhnya, aku pun tidak tahu siapa aku

kelakar.

jika sudah sampai
jika sudah capai
biarkan aku berlari
biarkan aku jatuh dan berdiri

sampai
tercapai

bodoh. padahal masih terkapai-kapai

perihal matlamat hidup
disini aku tutup

tammat.

matlamat hidup

matlamat hidup
tujuan hidup
hala tuju hidup

itu semua merupakan penanda aras sesuatu yang hendak dicapai

namun,
aku tidak lagi punya matlamat hidup
aku tidak lagi punya tujuaan hidup
aku tidak lagi punya hala tuju hidup

melopong kosong

ada yang beritahu aku,
mungkin inilah penamatku

aku tidak tahu
mungkin, inilah pengakhiran hidup aku

tammat

October 17, 2009

rama-rama




rama-rama
asalnya dari ulat biasa
ulat yang hidupnya di atas daun rapuh
menghitung waktu untuk berubah

rama-rama
asalnya dari dalam kepompong keras
keluar, berubah kepada sesuatu yang bernas
mampu terbang pantas

namun,
itu rama-rama
dan aku hanyalah manusia
tiada keupayaan untuk berubah rupa

berubah menjadi lebih berharga
berubah menjadi lebih bertenaga

dia sudah berubah

dia mudah saja bertukar jiwa
kini, sudah punyai orang seterusnya
apakah tafsiran baginya perihal semua ini?
apakah ianya sekadar masa untuk dipenuhi?

aku?
entah bila

*senyap*

tidak mengapa
aku biar kekal disini
di tapak yang lama
bukan apa
kerna disini tiada buruknya

biar aku jadi kepompong
berguna dikala diperlukan
kemudian ditinggalkan

rama-rama
aku hanya manusia

lima puluh sen

sepuluh sen
tambah lagi sepuluh sen
tambah lagi sepuluh sen
tambah lagi dua puluh sen

itu jumlahnya lima puluh sen
tetapi dalam pecahan empat syiling

lima puluh sen
wujud dalam satu syiling
bulat dan nipis
ada tulisan lima dan sifar

lima puluh sen
ada bunga raya
ada wau batik
ada nama bank negaranya

lima puluh sen
aku simpan
aku buat teman
aku asingkan

lima puluh sen
itu sejarah lalu

lima
puluh
sen
syiling

mimpi. kini *dia kembali

penat.
hari-hari penat.

sudah penat, tidur
hari-hari tidur

cuma, hari ini berbeda
kerna, mimpi aku ada si *dia

mengapa mesti hari ini?
mengapa mesti hadir dalam mimpi?

belum sempat ku ucap salam
panggilan dunia nyata memukul telefon bimbit ku

hmm

mungkin terlalu penat
atau otak ku sudah ketat
ketat dengan berfikir
ketat dengan takdir

hmm

*kembali tidur

---

perut kosong. masuk angin. lapar. bangun. buka peti sejuk. kosong. hilang akal.

October 16, 2009

apa itu janji

teringat aku pada kisah sahabat mama ku
mama pernah kisahkan padaku
kisah itu perihalnya janji
janji yang tidak menjadi

janji perseorangan itu kepada sahabat mama ku
janjinya, mahu jaga sepenuh hati
janjinya, mahu kahwin di suatu masa nanti
janjinya, mahu letak si *dia dalam hati

namun, janji tidak kemana
apa, tafsiran janji itu sudah berubah?

aku masih mencari makna janji
dan yang ku tahu, janji itu harus dituruti

mama pesan pada ku
apa kau mahu kisah begini terjadi pada mu?

tidak mama
jauh sekali, tidak mama

namun, petik hati ku bertanya
janji si perseorangan itu kepada si *dia, bagaimana?
apakah ada sesuatu yang mampu menghapuskan janji?
batalkan, dan buang ke tepi?

cherita *sahabat mama tidak aku ketahui dalamnya
namun, ingin benar aku tahu penghujungnya

tammat.

October 14, 2009

cinta dunia digital



dunia digital
dunia asing
dunia yang luar biasa

dan aku terperangkap dalam dunia ini

mawar merah



mawar merah
cantik dan berduri

October 13, 2009

tegur mama



mama tegur. mama kata abang dah berubah, dan aku bila lagi?
mama kata, *dia sudah tunjuk belangnya
mama kata, *dia sudah kembali menjadi yang asalnya

...

betul kata mama,
memang begitulah abang pada mulanya
*dia asalnya memang pandai
*dia asalnya memang rajin
*dia asalnya memang seorang yang penuh semangat
*dia terus maju ke hadapan, tanpa mahu disekat dek perihal remeh

mahu aku teruskan lagi?
sumpah, tak larat.

mungkin pernah perlahan
namun, kini *dia kembali
kembali pada peribadi uniknya

...

tapi, aku?
beginilah
sejak kecil, setinggi secuit
aku tidak pernah berubah

sejak kecil,
aku sering menyatakan diriku seorang karyawan
seorang pelukis,
seorang artistik
oh, namun bukan pemuzik

bagi aku
hidup artistik memang tiada tetapnya
semunya yang dikatakan, adalah seni
semuanya yang dibuat, berdasarkan perasaan hati

bagi aku
hidup seorang artistik itu mesti abstrak
tiada yang tetap
tiada aturan yang lengkap

...

namun aku salah
hidup begini banyak masalah

hmm.
ingin aku berubah sepertia *dia
namun, ianya impian tanpa usaha

argh!

hidup, boleh aku mula semula?

October 12, 2009

disiplin diri

ini masalah utama aku
ini masalah sejak dahulu
bukannya aku tak tahu
ini masalah disiplin aku

aku musnah
hampir kesemunya musnah dek perihal disiplin ini

argh!

* duduk di bucu bilik
* tutup muka
* cubaan untuk insaf
* cubaan untuk menangis

namun,
hati ini sudah batu
hati gelap ini nampaknya sukakan begitu

aku mati
mati dari dalam diri
mati berdiri
mati kerna tangan sendiri

hati mati
tammat disini

October 09, 2009

buat si bulan, teman si bintang

buat si bulan, ini cherita si bintang. jangan kamu risau. si bintang tetap disini. di sisi bulan. kata bintang, hatinya milik matahari. namun persahabatannya juga milik bulan.  

October 08, 2009

besok



selepas hari ini, itu yang disebutkan sebagai besok hari.
moga cemerlang.
moga gemilang.

besok.
selepas hari ini.

cuci tahi mata.
cuci air kornea.

kamu mampu.

aku? selesai.

perang


- aizat : kau dan aku

isu perang-perang.
semua makin hangat dengan isu indonesia-malaysia.
mahu tembak sana sini.
tembak sesama sendiri.

itu perihal semasa.
itu isu dua dunia.

tapi hari ini aku mahu ungkit perihal terpendam.
iaitu perihal perang antara kumpulan A dengan kumpulan B.
yang asalnya kumpulan ini satu, namun berkehendakkan dua.

si A dikatakan humban papan pada B
si B dikatakan tampal kertas keramat pada A

aku tidak tahu perihal jalan sebenar cherita ini
cuma, aku tidak suka akan hal sebegini

sekumpulan itu dikatakan berlagak dengan ilmunya
sekumpulan sebelah pula dikatakan menutup matanya

benar atau tidak, aku tiada jawapan jelas
namun, isu-isu sebegini sudah mampu buat akal ini panas

dari seberang sini, A dikatakan angkuh dengan ilmunya
namun, adakah kenyataan ini ada benarnya?

yang di seberang sana, aku tidak mampu capaikan
cuma aku harapkan tidak seperti yang dikhabarkan

pesan aku,
yang berilmu, seharusnya semakin rendah tunduknya
yang tidak mahu berilmu, jaga fikiran, jaga kehendaknya
pilihan itu di tangan kamu-kamu sendiri
usah berkata hitam, mahupun kamu lihat kelabunya

pesan aku,
jikalau salah itu benar
usahlah di perbesarkan
bantulah ia
betulkanlah ia

pesan aku,
jika tangan mu tidak mampu
lakukanlah dengan suara mu
jika suara mu tidak mampu
lakukanlah dengan hati

manusia itu bukan lengkap
mereka cuma terbaik
bukannya sempurna

sedih hati aku
bila menjadi dua yang asalnya satu
walaupun pada hakikatnya mereka sabahat
namun kian terbelah dipahat

sedih
perang sebegini buat aku sedih
astaghfirullahalazim

dalam doa ku
moga yang dua kembali satu
moga yang kini kembali seperti dahulu

tammat

----

*dia menitis hari ini. semua kamu-kamu-kamu punya pasal. mahu kena rotankah kamu semua ini? nakal sungguh.

October 05, 2009

lalu shah alam. itu kisah dulu.

hari ini aku lalu lepas shah alam. terimbau kisah *dia. cerita hingusan kami berdua. itu kisah dahulu. harap dia selesa dan bahagia disamping keluarga tersayang dan Maha Esa.

namun, cherita itu kekal. 
termaktud dalam jilid-jilid sel otak ku. 
mungkin selamanya. 
mungkin sampai bila-bila. 

mungkin.. 
aku tiada kiraan tepat untuk semua ini. 
aku tiada kuasa ke masa hadapan. 
atau kuasa pulang ke masa belakang. 

shah alam. 
itu kisah dahulu. 

October 02, 2009

per-juang-an



Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian

Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya

Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara

Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa

Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan

Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya

October 01, 2009

salah ke? maaf. saya tak suka.

buat kali kedua
aku terbuka telinga
dan buat kali kedua
mulut dan hati ini ingin benar berbicara

namun itu tidak perlu
kerna mereka tahu aku punya hati batu
mungkin lain bunyinya nanti
kalau aku tak berhati-hati

*dia tidak berlaku pelik
malah, jauh lagi jelik

mungkin, sudah sifatnya manusia
ada yang berbunga, namun tengik baunya

*dia mengajak untuk beramal bersama
namun langkahnya lain dari temannya
temannya tidak berlaku sedemikian
namun, adakah itu petanda *dia tersalah jalan?

tup tap, ding dong
dia kene cop hidung 'mancong'

hish. panas telinga kecil ini
mendengar kata busuk yang tak pasti

apakah, mereka ini jelik benar dengannya?
adakah, mereka ini pantang benar dengan perubahannya?
kenapa? cemburu?
atau, sekadar melepaskan nafsu?

jika mereka tidak mahu turut serta
usah berkata tentang perkara yang samar
kerna perihal hati itu, hanya Tuhan yang tahu
bukannya kita, yang hanya berpangkatkan hamba

diri ini sedih dengan perilaku begini
bukan apa
aku yang patutnya lebih dalam lukanya
tidak pula melempar batu hitam ke arahnya

aku doakan mereka akan berubah hati
aku doakan *dia lebih tabah menempuh dugaan ini
insyallah

ingat. aku juga tidak sempurna

----

terdapat pelbagai kaedah untuk cuba mengajak kepada kebaikan. apa salahnya menggunakan teknologi? malah, bukankah kita lebih maju jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil peluang ini? namun, kedua-duanya tidak salah. masing-masing ada cara tersendiri.

kamu tidak mahu ikut. tidak mahu pergi. maka usah bekata hitam. senyap. mungkin kamu yang rugi. tiada siapa yang pasti. betul bukan?

wassalam.

September 27, 2009

disepak-terajang duniawi

ini al-kesah duniawi
ini al-kesah masa kini

apabila duniawi menolak kamu jatuh
ia menyentak serebrum minda mu
supaya kamu bangun dari lelap akal mu

...
arrh, ini tidak tulen. maaf.

...
mula semula.

hari ini, hari aku
aku mahu bicara tentang mata hati ku

raya ini, aku ada bincang-bincang
berjuta-juta perihal hidup
namun ingin aku sebutkan, semuanya kata-kata duniawi

perihal kahwin
anak bini
anak suami
sayang menyayangni

ini buat aku fikir-fikir
ini buat aku tenung-tenung

apakah semua itu, boleh diukur dibadan ku?
apakah semua itu, untuk insan seperti ku?

masuk soal hati, aku lemah
lembik gemalai
bertutur membisu
kerana aku tahu, hati ini sudah batu

persoalan emas ditanya, jawab aku:
yang dihebah, mahukan yang paling hensem
yang dihebah, mahukan yang paling tegap
yang dihebah, mahukan yang paling cerah
yang dihebah, mahukan yang paling kurang kawahnya

namun, perihal sebenar
yang diterima, tidak perlu yang paling hensem
yang diterima, tidak perlu yang paling tegapnya
yang diterima, tidak perlu yang paling kurang gelapnya
yang diteriam, tidak perlu yang licin mempelam kulitnya

kerna, apa yang penting
iaitu akalnya
iaitu tingkah-lakunya
iaitu sopan-santunnya
iaitu uniknya

itu, bagi aku
namun, kalau mereka tidak sehala dengan aku
bukan salah mereka
itu kepelbagaian namanya

hati aku satu
hati aku sudah jadi batu

masih adakah peluang intan?
masih adakah peluang permata?

namun dalam sejuta,
hatiku hanya untuk yang dua
Dia yang Esa,
dan si dia yang berbeza.

September 20, 2009

Itu semalam, dan bukan hari ini

semalam, aku masih berikat perut
semalam. itu kisah semalam

hari ini lain
hari ini hari mulia

selamat hari raya,
buat semua,
keluarga tersayang,
kenalan,
dan buat C.

selamat hari raya,
maaf zahir batin.

September 17, 2009

Hampir Tamat Suatu Permulaan Yang Indah

hari ini, masih puasa
hari ini, masih perlu berbuka
hari ini, bukan lagi minggu ketiga
hari ini, hari berpuasa tinggal dua

aku tidak rasa gumbira
aku tidak rasa suka

malahan, hati ini sedih
kerna kurangnya amal di hari yang sudah

dahulu, hari raya itu amat dikira tempoh tibanya
namun tidak kini. itu semua bukan lagi yang diimpikan

terawih kemana, solat jemaah kemana
semua jadi angan-angan
rugi

buat umat islam sedunia
buat umat islam yang berpuasa sahaja
aku ucap selamat menyambut hari raya
aku ucap guna belog ini sahaja

pakcik, makcik, akak, abang, adik kecil
selamat jalan-jalan, moga hati-hati
selamat raya aidilfitri
ucapan dari hati ini

buat aku?
itu semua tidak bererti
aku rela begini
aku pilih jalan ini

cuma puasa dan pahalanya yang dirindui
salam akhir ramadhan

wassalam

September 04, 2009

dimata orang lain, dia disalah anggap

ini kisah orang lain
tapi telinga aku dengar-dengarkan
pada asalnya, aku hanya 'terdengar'
kerana mereka bertutur bicara berhampiran sahaja

Watak-watak yang terlibat:
- A & B sebagai watak yang sedang berbual-bual / berbincang
- C sebagai subjek perbualan A & B


ceritanya berkisah begini
A & B bercerita perihal hati
mereka katakan D, E, F sememangnya identiti sendiri
namun, tidak buat C, katanya curi-curi

dulunya, C bukan begitu
mungkin dia pernah tersimpang berbatu-batu
namun, kini C sudah berubah
malah, sama seperti mereka, kadang-kadang berjubah

telinga aku sakit
hati aku cuba jerit-jerit
apakah salah bagi C untuk tukar tiket?
dari barat ke timur, malah berakit-rakit

itulah manusia
kadang-kadang kita terlupa
bahawasanya insan itu mampu bertukar rupa
ada yang cantik, ada yang lawa

mereka sebut, C hanya curi-curi
padahal, bukannya cermin sendiri

kan aku dah kata
manusia mudah lupa

apa kata kita ambil cermin
tengok diri sendiri, kalau cantik, amin

bagi aku, yang hanya lihat jauh-jauh
aku syukur, C mula berubah
aku akur, C memang tabah
alhamdulillah

setiap manusia itu ada kemahuannya
dan bagi aku, C ada kehendaknya
apa yang dilakukan oleh C, tidak salah, malah mesra
namun A & B yang buruk sangka

C mahu lebih mesra
C mahu lebih agama
C mahu buat apa yang dia mahu
C tidak mahu tersekat dek orang lain punya bulu

A & B kata C patut cermin dirinya
aku tidak kata salah
namun, setiap manusia itu ada kelemahannya
dan perihal baju ketat itu, mungkin tersalah langkah

apa salahnya kita menegur sapa
atau sekadar lakonkan seperti bertanya
atau berdoa agar C lebih sempurna
dan bukannya memperbesarkan kelemahannya

benar kata C suatu ketika dahulu
perut orang, siapa yang tahu

sedang kita usaha siram bunga merah
ada juga duri tajam dah berdarah
semua itu tidak disengajakan
namun, ia terluka jua dan memedihkan

demikianlah perihal C,
dimata orang lain, dia disalah anggap

bersabar ya C.

August 31, 2009

segala sesuatu

perubahan.
berubah.
menjadi lain.
bertukar. (ingat, ini bukan cerita gaban atau power rangers)

oh ramadhan.
apa itu ramadhan?

kuih-muih?
roti jala?
ayam percik?
air kelapa? air oren? jus mangga?
karipap?

kamu semua salah.
itu makanan. bukan ramadhan.

ramadhan adalah bulan dimana ummat islam disuruh berpuasa
dan ummat yang kuat imannya berpuasa

kamu? engkau?
memanglah penat kesana-sini, lompat-lompat.
namun, itu bukan alasan untuk minum air
malah, di khalayak ramai.
ergh, sungguh geram aku dengan kelakuan itu.

dibulan ini, sepatutnya kita berpuasa,
dan segala sesuatu yang disuruh oleh Allah S.W.T itu ada hikmahnya.
nikmat berbuka,
nikmat bersahur,
nikmat bersabar,
nikmat berjimat-cermat.

dugaan di bulan ramadhan adalah si dia.
ya, si dia yang sering mendorong kita berkelakuan luar batasannya.
kamu kenal si dia?
ok. kamu harus kenal.
dialah yang dinamakan n.a.f.s.u

nafsu tidur
nafsu makan
nafsu jahat
nafsu mengumpat
nafsu menipu
nafsu syahwat

semua itu, harus diambil alih kawalannya
bukan mudah, namun dibulan ramadhan inilah masanya

segala sesuatu yang dilakukan tanpa kawalan nafsu
biasanya merosakkan dan tidak bagus

ingat,
kawal nafsu kamu

August 26, 2009

Niat

dalam islam, niat itu penting
kalau niat jahat, namun tidak buat, belum kena samannya
kalau niat baik, namun tidak buat, sudah dapat komisyennya
untung bukan?

namun ada syarat penting
bahwasanya niat itu tidak menghalalkan cara
tidak sama sekali
dan tidak akan

ini kisah lain
ini kisah niat hati aku

sering kini,
niat aku selalu berubah-ubah
asalnya niat aku sendiri
tiba-tiba akan berubah untuk pihak lain

semacam virus
mengubah-ubah sistem asal badanku
menjadi tidak menentu
haru-biru

bukan apa,
sehinggakan amalku,
kadang-kadang aku rasa niatku bukan untukNya
namun untuk dia

ini masalah besar
masalah niat
niat itu asas segalanya
rosak dan punah asasku
maka rosak segala sesuatu

ya Tuhanku,
tolonglah hamba mu ini

----

sekarang, demi siapa aku tulis entri ini?
niat asalku apa?
argh.
(sedih sendiri)

August 22, 2009

Selamat Berpuasa

uncle, aunty, adik, kakak, abang..
selamat berpuasa

hmm..
rindu kamu semua

jaga diri ya.

August 15, 2009

Tiba-tiba

tiba-tiba
aku dapat satu rasa
rasa kesal
rasa bebal

tiba-tiba
ia datang pada hati kotot ku
menghentak jiwa basi ini
dengan suatu pesanan

pesanan itu buat aku terkedu
buat aku membisu
buat aku terpaku
buat aku mengaku

ya, aku makin lalai
lalai dalam buaian harian
lalai dalam dunia yang sementara ini
lalai jauh ke dasar gelap, dibawah sinar hitam

aku harus bangkit
bangkit dari panas punggung ku ini
bergerak ke atas
untuk mendapatkan cahaya pelangi Mu

dan bukan tiba-tiba
tangga-tangga itu akan wujud dihadapanku
semuanya perlu diusaha
usaha oleh hambaNya

August 10, 2009

Apa Khabar?



secara tiba-tiba, saya teringat kembali kepada mereka.
agaknya, apa mereka sedang buat sekarang?
sihatkah mereka?

pakcik, apa khabar?
kerja ok?
kalau penat, banyakkan rehat.
jaga kesihatan di musim jerebu dan selsema babi ini.

makcik, apa khabar?
sihatkah?
penatkah?
kalau sibuk, jangan lupa kesihatan diri.
kalau makcik penat, banyakkan rehat.

adik comel, apa khabar?
belajar ok?
banyak tak kerja rumah?
makan minum ok?
jangan nakal-nakal tau.

kakak, apa khabar?
sibukkah?
mesti penat bukan?
hmm. jaga makan minum, jangan sampai sakit.
kalau penat, ambil cuti. rehat. biar segar otak badan.

abang. err, apa khabar?
maaf. kita tidak sempat kenal.
jaga diri. jaga kesihatan.
harap-harap kita berkesempatan untuk berbual.
bila? saya tidak tahu.
mungkin, sampai selamanya.

kamu semua.
jaga kesihatan, ok.
sekarang musim sakit-sakit.

apa khabar?
agaknya, kamu semua akan baca tak surat ini?

Oh Pencemaran-Pencemarin

saya kurang sihat. otak mulai kurang stabil. sakit-sakit di tengah kepala dan belakang mata.
adakah ini kesan pencemaran udara?
atau pentanda demam merbahaya?

doakan saya sihat kembali.
wassalam.

August 04, 2009

Dilema Penulis Belog Muda Seperti Saya

ini cerita pagi.
ini cerita hari ini.
ini cerita hari-hari.
ini ceritanya bermula begini..

tika itu aku masih luka,
tika itu aku masih merana,
tika itu dia dan aku bersama,
tika itu kami masih gelak ketawa.

satu dua tiga empat,
itu perihal lama, pastinya sudah berkarat.

cerita hari ini,
cerita perihal belog ini.

aku kian jarang tulis-tulis,
aku kian malas puitis-puitis.

mengapakah?
jikalau terjawab sudah,
bagaimanakah?

aku sedang alami dilema penulis belog,
perlukah aku terus sambung toreh-toreh belog ini?
perlukah aku tukar si penulisnya? (huh?)

melarat.
isu ini kian melarat.
asyik terpahat-pahat.
lidah aku kelat.

ini satu penamat.
tammat.

August 02, 2009

Perihal HARAPAN

sesungguhnya, setiap insan di dunia ini mempunyai harapan.
ada harapannya besar, ada harapanya yang kecil.
besar atau kecil, semua itu harapan yang di mulakan dengan cetusan di hati.

namun, dunia ini ada tatasusilanya.
bukan semua harapan itu bakal menjadi kenyataan.
bukan semua harapan itu bakal capai realiti.
harapan tinggal harapan.
atau ada yang buang, bina harapan baru.

seperti aku.
harapan lapuk ini harus aku buang.
koyak-koyak dan campak dalam ruangan hitam pekat.
biar hilang dari dunia.

namun, aku masih terlekat sisa-sisanya.
melekat kuat.
ini aku harus ambil masa untuk tanggalkan.
aku harap ia berlaku dengan cepat.

harapan.
semua itu bukan realiti.
cuma fantasi bidadari.

harapan.
aku tidak mahu harapan.

harapan.
aku sudah jelik dengan harapan.

kini,
aku perlu realiti.
aku perlu hidup dari mati.

hidup.
itu suatu realiti.
kini aku perlu hidup.

ingat.
aku perlu hidup, bukan harapan.

aku.
perlu.
hidup.

tammat

August 01, 2009

Kadang-kadang, tidak bersuara itu lebih bagus

Kadang-kadang, tidak bersuara itu lebih bagus,
Kadang-kadang, menyimpan itu lebih selamat.

Dan..

Sekali-sekala, tidak bertutur kata itu lebih mudah,
Sekali-sekala, tidak bertentang hidung itu lebih bahagia.

Namun..

Jarang-jarang berdoa itu bahaya,
Jarang-jarang amalnya itu kronik.

Begitulah cerita Kadang-kadang, Sekali-sekala dan Jarang-jarang.

July 27, 2009

Emosi Itu Wujud - Saya Juga Ahlinya

maaf saya utarakan buat sekalian pembaca,
hari ini, perihal emosi akan saya sentuh,
bukan apa, kerna saya juga manusia,
yang pernah berdiri, dan juga jatuh.

cerita kasih antara dua gusi,
memang cerita terpasuk keras macam besi.

saya sudah berubah, adakah?
saya mahu berubah, sudahkah?
saya perlu perubahan, bagaimanakah?

tika bumi rata ini dilewati tapakmu
anak mata ini tidak lagi hitam

ia berubah putih,
terpesona dengan indah wajahmu,
wajah yang mampu mengalihkan fantasiku,
terus ke dalam fantasi baru mu.

namun, sepohon epal hijau,
pasti ada satu buruknya.

itu semua sudah takdir,
kata saintis ianya adalah realiti,
bukan semua itu wangi,
wangi itu wujud dek hilangnya busuk.

busuk itu saya.
busuk itu perihal saya.

nyata, semuanya perkara biasa,
cuma perlu aku terima kebenarannya.

saya peram epal busuk itu,
namun putih mata itu tetap ada.
kini, hanya tinggal masa untuk menentukanya,
adakah mata itu mati berputih,
atau hitam dia akhir busuknya.



- anak lipas

July 22, 2009

jelik dengan iklan cepat kaya ini (bio aura HAI-O)

siapa tidak pernah tertonton iklan ini dikaca televisyen malaysia, sila angkat kaki. jangan angkat tangan, kerana mungkin bau ketiak kamu tidak menyenangkan.

hujah saya : iklan ini membawa berita 'kami jutawan cepat kaya'

kenapa begitu? oh, mari saya terangkan berdasarkan pemerhatian dua biji mata kecil ini. iklan ini dikatakan membawa berita 'jutawan cepat kaya' kerana iklan tersebut menceritakan perihal mereka sekeluarga yang menjadi kaya raya dengan mendaftar sebagai ahli Hai-O. bukan begitu?

kononnya, dahulu kurang berada,
namun kini semuanya kereta berjenama.

kononnya, dahulu rumah kecil,
namun kini ada banyak hasil.

kononnya, dahulu budak kampung,
namun kini dah tak perlu tanam terung.

ergh.

bukan apa. saya kurang senang dengan iklan tidak senonoh itu kerana ia tidak, Tidak, TIDAK, LANGSUNG TIDAK menceritakan perihal produknya itu. kotak bio-aura itu. kotak bio-aura yang kononya sungguh bagus dan berjenama itu. bukankah itu sumber kewangan mereka. bukan?

ada iklan itu menceritakan bertapa hebatnya kotak aura itu. ada? jika ada, tunjuk pada penonton. terutamanya penonton yang gilakan wang dan cepat kaya itu. cepat, tunjukkan!

kamu tahu berapa harga kotak aura itu? RM 2000+. huagh! ceritakan pada kami semua, teknologi apa yang digunakan sehinggakan harganya RM 2000+ itu. cepat cerita! barulah berbaloi dengan apa yang dikatakan produk berjenama. bukan tidak percaya, namun ingin tahu. sebabnya kamu tidak cerita.

iklan KFC kata ayamnya sedap. mereka tunjuk apa yang sedap dan mengapa. nampak perbezaan disitu?

semua ini adalah konspirasi MLM. apa itu MLM? ia bermaksud Pemasaran-Bertingkat-Tingkat. faham? atau kata mat salleh, multi-level-marketing.

malaysia ada banyak syarikat seperti ini. kononya ada produk yang bagus. namun, mana produknya? mana kebagusan produknya? hanya kekayaan yang diwar-warkan.

lebih-lebih lagi, masyarakat melayu yang banyak malasnya suka 'cepat kaya' ini. nak suruh jadi buruh binaan? jangan harap. malas. kerja kuar nasi lemak? malas. pemandu kereta? malas. apa yang mereka mahu, duduk di warung, minum pepsi (zaman moden) dan masuk duit. hujung bulan ada RM10,000. goyang buntut sahaja.

hmm.
ada sesiapa yang tidak faham? sila tinggalkan pandangan anda.

July 21, 2009

Tanggapan Ortodok? Buang tabiat?

saya ade terserempak belog seorang wanita. dia baru sahaja mula bertudung. maksud saya, sejak kecil, dia sudah pandai bertudung, cuma ada pasang surutnya. ikut suka hati. namun, tidak sekarang.

dia ada bercerita, dalam proses untuk bertudung secara keseluruhannya, dia melalui pelbagai tohmahan. ada mulut-mulut yang berkata itu hanya luaran, ada yang berbicara itu hanyalah angan-angan, ada juga yang bertutur kata yang dia hanya tunjuk-tunjuk alim sahaja.

alhamdulillah, dia mampu tempuhi dugaan itu. syukur alhamdulillah.

namun, apa yang tergerak di hati saya tentang mulut-mulut yang bertutur itu. bukankah kita sepatutnya menolong dan menyokong manusia yang berbuat kebaikan? bukannya dengan berprasangka buruk, malah cuba menjatuhkan kelakuan baik beliau?

mungkin, sedari berkenaan pada awalnya hanyalah untuk suka-suka. kita tidak tahu niatnya. namun, kita seharusnya mendorong beliau untuk meneruskan perbuatan baik itu, bukan?

sepatutnya, kita sentiasa berdoa supaya hatinya dibuka dan mendapat rahmat untuk terus bertudung.

alahai. kamu kata dia hanya hangat-hangat tahi cicak. tapi kamu, bertudung, bertutup aurat, namun hati kamu dimana? sekadar berhias? untuk menarik perhatian si lelaki?

fikir-fikirkan, dan renungkanlah.

July 19, 2009

Bersalaman Lain Jantina

idea ini mula dari belog ini (pautan).

bersalaman. bukankah itu perbuatan yang sungguh baik. namun, ia tetap ada hadnya. dulu aku sering keluar bersama teman-teman. ke bandar. ke luar bandar. untuk berjumpa orang -- kawan, dan lawan.

namun, tiap kali aku bertemu rakan baru, mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman. kononnya tanda mesra. tapi, aku risau kerana mereka itu semuanya bukan muhrim aku. sudah pasti ianya berdosa. aku sedar, tetapi aku buat-buat buta dan 'cool'. pada fikiran aku, takkan tak mahu aku sambut tangannya, nanti malu pula si dia.

tapi itu salah. kita patut jaga aurat dan sentuhan dengan bukan muhrim ini. ops. perihal kecemasan dan tangan-tangan pakar perubatan tidak mahu aku bising-bisingkan disini. aku tidak mahir bab yang itu.

kini, aku cuba untuk simpan tangan aku. aku balas dengan senyuman. aku harap si dia faham.

malangnya, aku jenguk dan telek tangan orang lain. makcik-makcik dan kakak-kakak. mereka dengan selamba sahaja bersalaman dengan kenalan lelaki aku. bertudung, beranak tiga, dan sudah hampir akhir usia.

adakah hukum ini tidak diaplikasikan bila kamu semakin tua?
adakah kamu berkata 'alahai, takpe..'
adakah itu tanda hormat?

biar apa pun, aku sudah bina pendirian aku. cuma, bila yang tua hulur, aku rasa kekok kerana mungkin dia akan malu jika aku tidak sambut tangannya. bagaimana? dengan pakcik aku? dengan sepupuku?

bagaimana harus aku jelaskan pada mereka?
kini, aku terus senyum sahaja. aku harap mereka dapat akalnya kenapa aku berbuat begitu.

senyum itu sedekah. tengok, aku bukan sahaja jaga sentuhan aku, malah bersedekah pula.
*senyum*

July 18, 2009

Lima, Enam, Tujuh dan Lapan

Lima itu Rukun Islam yang kita belajar semenjak anak kecil,
Enam itu Rukun Iman yang kita tahu ada pasang surutnya,
Tujuh itu jumlah hari dalam seminggu,
Lapan itu tamak : 8 hari dalam seminggu kerana manusia tidak pernah rasa cukup

ramai kenalan aku mula sambung pelajaran mereka. semoga mereka sentiasa cukup dengan masa yang telah diperuntukkan, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun.

insyallah, aku doakan kamu semua berjaya, termasuk kamu yang hitam. aku doakan kamu akan kembali putih.

Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang-orang yang tahu dan tidak tahu?

Demi sesungguhnya orang-orang yang (sentiasa) ingat (kepada Allah) ialah orang yang mempunyai akal (berilmu).

(az-Zumar: 9)

July 17, 2009

Satu, Dua, Tiga, Empat


satu
perihal aku ingin bising-bisingkan,
dua alam ini Dia yang punya,
tiga penjahat yang harus kamu kenal: manusia, syaitan dan jin
empat perkara yang mahal: ilmu, akal, hati dan iman

---

pesan atok kepada irham;

jodoh itu ada tiga:
  1. pertama : jodoh syaitan - iaitu jodoh hasil perbuatan maksiat
  2. kedua : jodoh bomoh - iaitu jodoh gunaan jin dan sihir
  3. ketiga : jodoh Allah - dimulakan dengan rasa cinta / suka, langsung ikhlas meminang dan bernikah

syurga cinta


July 12, 2009

Dah Kawin Ke Belum?

maaf. banyak hari aku tidak mengemaskini belog ini. bukan malas. cuma, aku tidak mahu bebel-bebel perihal harian. belog ini bukan diari harian aku. belog ini untuk aku utarakan idea-idea dari segumpalan neuron dibadan ini.

aku banyak memerhati sejak kebelakangan ini. Dan pastinya, perihal ini sudah lama aku jeling-jelingkan dan cuba rumuskan.

hari ini, aku ingin berkongsi pendapat. Berkongsi idealogi. Bukannya berkongsi Maggi, atau choki-choki. Dan bukan juga berus gigi. Itu menggelikan dan kotor.

apa, kamu-kamu tahu akan perihal remaja berpegangan tangan? berpelukan? bercumbuan?

semua ini boleh aku tenung dan jeling di seluruh pelusuk kuala lumpur ini. Oh ya, sebelum aku merepek panjang, ingin aku tegaskan yang aku maksudkan adalah remaja yang beridentitikan islam pada kad pengenalan mereka.

apakah mereka sudah lupa agama? lupa pada laranganNYA? itu semua persoalan yang sering timbul di pucuk akal mentahku.

bertudung rapi, cantik, anggun, kemas, menawan. si lelaki, segak, bergaya, tampan dan bertutup kepala. bukan songkok atau kopiah. tetapi topi. namun, hari ini aku bukan berkata tentang pemakaian. tetapi akhlak.

tidakkah mereka berasa malu, membawa nama islam itu pada seluruh dunia, namun kelakuannya sungguh bercanggah dan menyimpang dari ajaranNYA? apakah, islam itu mereka yang punya? apakah, balasan dosa itu mereka yang tentukannya? aku bingung dan tertanya mengapa.

mungkin, dalam anggapan aku, mereka sudah bernikah. halal untuk bersentuhan kulit antara bukan muhrimnya. namun, tidak kelihatan dimataku cincin kahwinnya. surat nikahnya. atau apa sahaja yang membukti bahawa mereka itu tidak berkelakuan luar adatnya. umurnya kelihatan muda. berbelas-belasan. namun, sudah berlagak puluhan. atau berlagak seperti, perempuan atau lelaki itu adalah miliknya.

sesungguhnya, orang pernah memandang si perempuan bertudung sebagai perempuan yang dihormati. yang menjaga maruah dan tatasulilanya. namun tidak kini. ramai yang bertutup rapat. keliling kepala dan leher. namun tidak boleh dihormati kerana mereka sendiri tidak menghormati maruah mereka. dijaja. dijual murah. malah, ada yang diberi percuma.

aksi berpeluk-pelukan yang menjengkelkan. pada pendapat aku, lagaknya lebih 'mesra' berbanding mat salleh. dimanakah letaknya agama mu? maruah mu? malu mu?

aku malu. malu dengan agama lain yang mengatakan orang islam itu sendiri yang merosakkan agamanya. yang pusing arah dari haluannya. yang berkata agamanya suci dan agung, namun diri sendiri yang busukkan agamanya.

ini baru remaja. aku belum sentuh yang tua. dalam perihal agama dan akhlak, umur bukan penghalang.

muda. tua. sama sahaja. jangan buat endah tak endah. takutlah pada keESAan NYA.

itu semua, aku yang dulu.

kamu bagaimana?

July 06, 2009

Ada Yang Menipu Dan Tertipu

ini sesuatu yang aku sungguh sedih. ada yang sanggup menipu, dan ada juga yang tertipu. aku bukan ingin bising, tetapi aku sudah tidak tertahan lagi. cerita ini harus aku tunjuk satu kebenaran.

identiti aku ditiru. disalin. dibuat alat menipu mata dan akal manusia lain.

apa tujuannya aku tidak tahu. namun, aku pasti, itu bukan perihal aku, dan bukan hasil tangan-tangan aku.

ada yang memdaftar sebagai Nur Sarah Farhana di Mukabuku (Facebook).

mungkin, kamu kata itu orang lain. aku boleh terima. namun, gambarnya sama dengan gambar dari belog ini. emailnya pula 'anakoflipas', iaitu ternyata dari nama timangan aku disini, Anak Lipas.

sesungguhnya, kepada sesiapa yang tertipu, dan jikalau kamu menganggap itu aku, ternyata kamu salah dan telah diperbodohkan oleh perseorangan / sekumpulan yang cuba meniru kehadiran aku disini.

mukabuku milik aku sudah lama terbuang dan itu ternyata bukan alamat email aku. kesian. aku kesian kepada pemangsa, dan juga mangsa.

July 02, 2009

Anak Mama atau Anak Ayah?

aku mulakan entri kali ini dengan satu persoalan.

aku Anak Mama atau Anak Ayah?

Bukan apa, sering kali aku terdengar dari perbualan rakan-rakan sekeliling aku perihal 'kamu anak siapa' ini. Jangan kamu salah anggap, kerana semestinya aku mestilah anak kedua ibubapa aku, namun begitu, aku berpihak pada siapa, atau lebih rapat dengan yang mana. Itu yang aku persoalankan.

aku Anak Mama
adakah aku anak mama, kerana mama yang melahirkan aku? yang menyusukan aku? yang berpeluh dan bertarung nyawa ketika melahirkan aku? sesungguhnya, banyak keputusan aku adalah dibawah pengaruh mama. aku acap kali akan bertanya akan mama, dalam membuat keputusan aku.

keluar membeli-belah. ke pasar. berkongsi perasaan dan masalah. adakah semua itu bermaksud aku anak mama?

aku Anak Ayah
ayah adalah tempat aku mengadu perihal kewangan. perihal pelajaran. perihalan setia kawan. ayah sering membelikan aku hadiah, dikala dia pulang dari luar negara atau sekadar ke pulau-pulau di malaysia.

ke majlis makan malam, perkahwinan atau sebagainya, aku akan ikut ayah. kemana dia pergi, disitulah aku. perihal logik dan hal semasa, aku akan bertanyakan pada ayah.


sesungguhnya, adakah perbuatan diatas itu membuatkan aku lebih berpihak kepada mama? atau kepada ayah? atau aku bukan kedua-duanya?

aku tanya semula, aku anak siapa?

June 30, 2009

Remaja Di Mata Ku

Aku gundah,
Berasa gulana.

Aku berjalan-jalan di kota raya Kuala Lumpur,
Melihat remaja yang muda-muda,
Ada yang cantik, ada yang menawan,
Ada yang hensem, oh aku tertawan.

Di sudut hati kecil ini,
Hati merah ini berbicara,
Akan apa jadi pada mereka semua?
Berasap-asap, membanjiri tepi-tepi jalan.

Ada yang namanya Timah,
Namun lagak gayanya Amerika,
Ada yang namanya Daud,
Namun lagak gayanya Amerika.

Aku tidak heran dengan agama lain,
Itu bukan perihal aku untuk cakap-cakapkan,
Tetapi apabila aku cuba tenung Islamnya mereka,
Apakah mereka sudah lupa?
Bahawasanya Islam itu suci?
Bahawasanya Islam itu ada batasannya?

Lama aku tenung,
Tenung dengan hati kecil ini,
Apakah aku cukup Islamnya?
Apakah aku mendalam pemahamannya?

Sesungguhnya malu mata ini melihat,
Sesungguhnya malu mulut ini bersuara,
Sesungguhnya malu tangan ini bertutur cara,
Sesungguhnya malu akal ini cuba berbicara.

Yang muda itu remaja,
Yang tua itu bukan lagi remaja,
Kerna mereka kan tinggalkan kita,
Dengan amanah dunia,
Dengan amanah manusia.

Hati ini runsing,
Selalu pusing-pusing,
Kemana hala tuju masing-masing?
Kalau negara dan rakyatnya berlagak asing.

Kemanakah?

June 27, 2009

Ku Rindu

Mentari sinar alam
Burung berkicau-kicauan
Malam kian menghilang
Menemukan aku dengan hari yang baru

Aku tenung dunia
Sambil itu aku bertanya
Aku siapa yang punya?
Awak? Engkau? Kamu? Atau Dia yang ESA?

Manusia hanyalah manusia
Bukan puteri
Bukan bidadari

Hidup di dunia ini hanyalah sekelip mata
Dihitung detik
Dihitung waktu

Cinta itu siapa yang punya?
Kambing?
Lembu?
Kucing?

Sesungguhnya, cinta itu Dia yang punya
Cinta agung
Cinta teristimewa

Tiada lagu semerdu kasih Nya
Tiada melodi seputih suci Nya

Kini aku tahu
Siapa yang memiliki ku
Hanya Dia yang satu
Ya, aku milik Tuhan ku

Cintanya tiada yang palsu
Cintanya hingga hujung masa ku

Ku rindu
Cinta Agung Mu

Buat Mu, Suci

Ke kiri ku buntu,
Ke hutan ku hilang,
Ke timur ku kosong,
Aku terus bosan dan segan,
Seperti waktu yang terus sahaja meninggalkan aku,
Jauh ke dalam dasar bumi yang belum ku terokai,
Jiwa ku biru,
Menunggu cintaku seumpama si buta,
Yang melihat syurga,
Umpama lampu,
Yang berbunyi hitam,
Lalu menunggu aku terus,
Kini malam tiba lagi,
Kian tinggal cahaya matahari,
Dibebankan,
Dengan bunyi rintihan hujan,
Seperti mahu sahaja aku mengejar,
Gunung yang besarnya tidak terdakap,
Seperti itu jugalah,
Rindu aku pada..
Kini harus aku menunggu,
Atau hilang sahaja aku di lautan yang luas.


- Selamat Pagi Cinta
- Azam

June 26, 2009

Tudung - Tanda Apa Buat Mu


Semalam aku jenguk-jenguk belog Galfrenzzz ini lagi. Banyak aku baca-baca. Kemudian, aku baca disini (pautan). Perihal pemakaian tudung. Aku ingin petik kata-katanya, buat tatapan kamu semua. Katanya,


10 Sebab Kenapa Girls Pakai Tudung

01. sebab dia memang beriman dan ikut suruhan-Nya, lillahita'aala.

02. sebab dia ikut mak dia, family dia sume pakai tudung.

03. sebab dia takut masyarakat/orang kampung kutuk dia

04. sebab dia rambut dia tak cantik. so tudung sbeagai pelindungnya? bila dah rebonding, boleh tanggal balik =p

05. dia tak reti sikat rambut. tudung sebagai fesyen.

06. dia malas nak sikat rambut, so pakai aje la tudung. so kesah ape sama rambut.

07. dia anggap tudung mencantikkan penampilan dia.

08. dah pegi haji beb.. kena pakai 'tudung' sket.. nnti org mengata kita pulak.

09. peraturan bekerja kena pakai tudung. ala.. sabtu ahad xapa kalau xpakai.

10. menunjuk la sket. sbb dia cantik dan dikagumi ramai.

- Galfrenzzz

Bagi aku, mungkin kata-katanya ada yang benar. Mama ajarkan aku bertudung sejak kecil lagi. Namun, apakah aku yang No.1? Atau No.2? Yang mana? Atau aku yang seluruhnya?

Aku cuba tanya hati kecil aku ini, perihal yang manakah aku?
Aku membisu, terkedu, tertanya-tanya siapa aku.

Teringat lagi, Ustaz kata, ada yang bertudung, tetapi seperti tidak berbaju, bertelanjang. Katanya, kerana ada salah pada pemakaiannya, bertutup panjang, namun ketat yang menunjukkan susuk tubuhnya. Macam akukah?

Itu aku, kamu semua bagaimana?

June 25, 2009

Itu Aku Yang Dulu

Lewat petang tadi, aku lompat-lompat sana sini. Kemudian, aku terhenti di satu belog ini, namanya Justkhai. Warna belognya pink, aku suka.

Sedang aku leka membaca- baca, aku sampai di entri yang bertajuk "Karenah Perempuan Nak Ber’couple". Entri itu buat aku tergamam, bukan apa, tapi kerana aku terbaca tentang diri aku. Justkhai petik sepuluh sebab, dan dulu aku ada diantaranya.
10 Sebab kenapa perempuan sibuk nak ber’couple
01. Takut orang kata dia perempuan tak laku
02. Dia nak ada orang bela dia
03. Dia rasa perlu ada lelaki utk jaga dia
04. Nak apa saja sume dia boleh dapat. Mana taknya, gunung emas pun kononnya boleh dibagi.
05. Saja nak merasa ape tu rasa cinta
06. Rasa selamat bila ada boyfriend
07. Rasa diri dia cantik dan perlu ada orang yg suka dia
08. Perlu test n tgk lelaki mcm mana yg sesuai sebelum ke alam perkahwinan
09. Malu semua ada boyfriend, dia aje tak ada.
10. Nafsu tak dapat dikawal
Dia petik semua itu dari belog ini, http://galfrenzzz.blogspot.com.

Nombor 6. Perihal itu buat aku terkedu. Apakah itu dulunya aku?
Nombor 8. Adakah itu maksud aku? Tujuan aku?

Sesungguhnya, aku ingin mencari sebab yang lain. Seboleh-bolehnya sebab Ilahi. Kerana hanya Dia yang tahu akan sesuatu dengan sebenar-benarnya.

Aku malu.

June 24, 2009

Tentang Dunia


Wahai dunia yang fana
Apa sudah terjadi kepada mu?
Aku utarakan soalan-soalan ku buat manusia
Yang banyak dan merata dia muka bumi ini

Kenapa kau sanggup berlagak hitam?
Membunuh-bunuh, dan merejam?
Itu semua pada ku, sangatlah kejam

Wahai saudara ku di tanah aman
Tidakkah kau sedar akan perihal semasa?
Teman agama mu kini sedang penat
Penat melawan jentera dari duit bayaran mu

Aku bukan ahli agama
Dan aku bukan para ilmuan
Namun, hati aku terang-terang sedih
Melihat saudara agama ku, dibakar dan pedih

Berita jam lapan di siaran tiga
Ada seorang anak kecil yang seperti mati hidup semula
Dia di bom oleh lawannya
Dengan bom Fosforus yang bahaya nya amat nyata

Dengan lima belas pembedahan
Satu demi satu, untuk bersihkan kulitnya yang terbakar
Terbakar oleh debu Fosforus itu
Yang aktif jika bertemu cecair

Kini, dia kembali berdiri
Namun, mampukah hatinya kembali?
Kembali mempercayai manusia lain
Yang dulu cuba mengambil nyawanya.

Sedih
Hati aku pedih

Hubungi Saya

Kini, kamu semua boleh hubungi saya dengan pertolongan borang dibawah. Mudah bukan?


Nama
Email
Tajuk
Mesej

June 23, 2009

10+10 Perkara Tentang Lelaki Dan 1 Tentang Aku

Buat permulaan, aku mahu cerita tentang 10+10 Perkara Tentang Lelaki yang kamu (perempuan) perlu ambil tahu, walaupun tak mahu. Sepuluh perkara ini aku kutip dari belog ini (pautan), hasil senarai tuan punya belog itu. Terima kasih buat LYANNE37 kerana berkongsi senarai penting ini. Dan aku ingin tambah lagi, kerana mungkin ada yang aku punya pengalaman lebih dan pedih.

Katanya :

Perkara yang harus perempuan pelajari

no. 01 : Lelaki tidak boleh dipercayai
no. 02 : Lelaki suka ambil kesempatan
no. 03 : Lelaki semua buaya
no. 04 : Lelaki mahukan yang cantik-cantik sahaja
no. 05 : Lelaki mahu dimanjakan sahaja
no. 06 : Lelaki suka merajuk
no. 07 : Lelaki pemalas
no. 08 : Lelaki semua pandai berkata-kata manis
no. 09 : Lelaki cepat bosan
no. 10 : Lelaki pandai memujuk rayu

Tambah aku :

no. 11 : Lelaki perasan dia yang paling berkuasa
no. 12 : Lelaki suka menipu
no. 13 : Lelaki banyak helah
no. 14 : Lelaki suka perempuan hangat. Kalau suam-suam kuku, pandang pun tidak
no. 15 : Lelaki mudah berkata 'I Love You', berbanding membaca bismillah
no. 16 : Lelaki lebih kuat bergossip
no. 17 : Lelaki suka main mata
no. 18 : Lelaki suka janji-janji, tapi tinggal sampai basi
no. 19 : Lelaki kata dah sampai, walhal baru turun tangga
no. 20 : Lelaki ada berhati-perutkan lelaki. Mereka tidak faham perempuan.

Kata LYANNE37, perihal diatas tidak boleh diaplikasikan kepada semua lelaki, hanya sebahagian sahaja. Kata aku? semuanya betul, kadang-kadang baru tipu.


1 Perkara Tentang Aku

Aku memang orang baru dalam dunia belog ini. Aku ada hidup yang lain. Namun, aku tidak mahu hidup di dunia baru ini di campur adukkan dengan perihal dunia lampau aku. Jadi aku bersembunyi. Bukan kerana sombong, hidung tinggi atau kedekut, namun perihal ini aku terpaksa tegas.

Aku tidak mahu rakan-rakan aku tahu tentang dunia baru aku. Aku mahu bermula semula. Dengan harapan dan tujuan yang baru. Bukannya yang busuk dan kotor seperti dahulu. Jikalau ada yang tersinggung perasaan atau terluka hati, aku susun jari-jari, mohon ampun dan maaf.

June 22, 2009

10 Soalan Khas Untuk Aku, Si Anak Lipas

Sebentar tadi, aku jalan-jalan di belog orang ramai. Cubaan untuk sentiasa 'up-to-date' kata orang putih. Sedang aku baca-baca, lihat-lihat, pandang-pandang, aku sampai di satu belog. Sungguh terkejut aku kerana tuan belog itu tulis tentang aku, Si Anak Lipas. Dia tanya aku sepuluh soalan. Sekarang, aku akan cuba jawab soalan-soalan khas untuk Anak Lipas itu.

Soalan yang ditanya dalam bahasa orang putih, tetapi aku terpaksa jawab dalam bahasa melayu. Sebabnya bahasa inggeris aku tak sedap dibaca. Tunggang langgang, kucar kacir. Macam cakar kucing. Maafkan aku.

Satu
Oh. Email mesti ada, baru boleh buat blogspot ini. Tetapi, aku rahsiakan. Takut nanti ada yang suka-suka hantar email yang menggatal dan takut kena sepam (spam). Saya suka belog kamu, sebab itu saya ikut.

Dua
YM dan email saya tak boleh nak bagi. Ini semua saya lakukan supaya tidak tercampur urusan lama dan baru. Mungkin, ikut Twitter saya? Ada link dia bahagian di atas, di kanan. Terima kasih kerana buat satu entri untuk saya. Malulah :P

Tiga
Berkenaan 'design' belog ini, ambil-ambil saja. Yang percuma. Dan cuba-cuba. Suka ya? Terima kasih.

Empat
Semua belog-belog itu dah lama ikut. Baca-baca sahaja. Senyap-senyap. Ikut lompat-lompat ke sana-sini. Oh ya, mungkin masih baru, rasanya dah tambah. Semuanya bermula dari abdusfauzi.com, dan terus lompat ke belog-belog lain.

Lima
Maaf, tidak kenal mereka, cuma kenal belog-belog saja.

Enam
Eh? Kalau saya kata 'stalk' belog mereka, boleh diterima? Maaf kalau mengganggu.

Tujuh
Oh. Ada kawan nama seperti saya? Kenapa sudah kurang rapat? Ish. Maaf kalau soalan berbau peribadi.

Lapan
Anak Lipas itu ada sejarahnya. Dulu saya suka cabut lari dari kelas. Kata cikgu, seperti lipas kudung, laju hilangnya. Hehe. Itu dahulu. Sekarang, sudah lambat. Haha. Malah, saya tidak takut lipas, cuma kalau dihinggap, rasa gerak kakinya yang menggelikan itu yang saya tidak suka.

Sembilan
Gembira berkenalan dengan kamu. :)

Sepuluh
Akhir sekali, terima kasih kerana letak pautan ke belog saya di soalan terakhir.


Oh. Sebelum terlupa. Tuan belog itu namanya A'ishah Kamaludin, dari Miri, Sarawak. Kamu boleh baca belognya disini (pautan).

Maaf buat pembaca lelaki, beliau sudah berkahwin. Terlepas. Huhu.

Isnin Yang Penat

Hari ini, hari Isnin
Asalnya aku anggap ia seperti hari-hari lain
Namun, salah tanggapan aku
Hari ini rupanya bukan begitu

Hari Isnin ini buat aku penat
Letih, lelah, dan buat muka aku pucat

Arh!
Ini sudah jadi kes parah
Hampir kering aku punya darah
Jadi hitam, yang asalnya merah

Aku mengeluh.
Aku berpeluh.
Dan asyik berpeluk tubuh.
Aku lihat jam tangan, tepat dua sepuluh

Itu semua tabiat tidak elok
Kalau nak jalan, kena ketuk
Sama saja macam beruk
Muka masam, bau busuk

Jam petang yang ku nanti
Apa lagi, cabut lah lari

Satu minggu, satu hari
Itulah Isnin, hari ini

Betul. Aku tidak tipu. Hari ini penat semacam. Aku pelik. Walhal, tidur cukup. Ish. Rasa pelik.

June 21, 2009

Ini dari tangan Yuna

Aku jalan-jalan. Aku jumpa ini. Kesian buat Yuna, sampai perihal kematian pun ada yang mahu dijadikan bahan untuk cerita, malah dikaitkan dengan Yuna yang kononnya sombong atau penipu. Haih. Si pembuat cerita itu patut kena leku dan cubit-cubit. Sampai dia pedih. Hehe.

Ok, ini aku curi dari Yuna, dia yang tulis:

Assalamualaikum to everyone!!

As I am writing this, I am in Ipoh, shooting for an RTM program called Xpresi Kembara, a travel show hosted by local musicians, traveling around Malaysia and showing the viewers all the interesting places.

However today I was alarmed by a newspaper article saying I lied to a newspaper, giving excuses such the death of my uncle to avoid photoshoots, as I read the article, at first i felt victimized. Then again, Alhamdulillah, Allah has given me all the patience in the world not let this article effect me in a negative way. When a newspaper bashes you like this, only God knows how tormenting the effect can be towards a person and their family.

So.

First issue in this article, is the title. PAKCIK MENINGGAL KE YUNA?

I feel like this is very inappropriate. I was raised by my parents (and my beloved UNCLE) and my grandparents not to play with the matter of death.

I admit I was very busy, very very busy (I was in the midst of my FINAL exams, opening up my new shop, taking care of the accounts, and pre production in the past few months) and we will politely turn down any photoshoot offers that comes within those months. And there was a few photoshoots that we turned down, and we told them that we were involved with the shooting with RTM. And I would do all this a respectful manner. Anyone from any newspaper who have worked with us would have known the way I am in real life.

I would never, EVER give them excuses such as my uncle died. This is very disturbing to me and my family as I am very close to my uncles, and they are all healthy, alive and kicking. They are awesome people. You should meet them. =)

So its safe to say, the statements in the newspaper is not true.
YES we are involved with the RTM shooting, (in case any other rumours starts) and NO ONE HAS DIED. My uncle, my mom, my dad, my mom, my cousin, my bandmates, Wawa... EVERYONE IS ALIVE =D Alhamdulillah.

But a while ago, we discovered another article saying that it was actually Stacy's uncle who passed on. Saya, dan keluarga ingin mengucapkan takzia kepada Stacy dan keluarganya.

I am truly sorry for causing any trouble to the newspapers, but be noted that I would never give excuses to a newspaper photoshoot just to avoid it. If I cant really make it for the photoshoot, it means I really really cant. And I am truly sorry for that.

I have to go now, the shooting is going to start anytime soon. I'll update more on that! It's been really fun and we cant wait to share this experience with you!

Thank you. and much much love from your ordinary and simple girl. =)

Yuna


Kesian Yuna kan? Hish, geram betul.

Hari Semalam

Semalam seharian
Aku ke bandar bersama teman
Ke hulu, ke hilir, berpegang tangan
Apakah ini dinamakan suatu hubungan?

Jauh di sudut hati aku berkata
Apa yang aku rasa semuanya mungkin dusta

Bak kata buku cerita kecil yang Mama beri
Bagai musang yang bersembunyikan bulu biri-biri

Dia kata pada aku yang disayangi
Yang bunga kita akan kekal wangi
Sehingga hujung abad, kekal abadi

Aku harap semua ini bukan mainan
Kerana aku sudah tidak sanggup lagi
Jadi yang bodoh dalam suatu penipuan
Yang kononnya kelihatan indah, malah suci

-----[-]-----

Hmm. Aku takut. Resah. Bingung. Apakah semua ini hanyalah kata omong kosong? Tidak berisi? Tiada erti? Ergh. Ya Allah, tolonglah hamba Mu ini, yang sedang bingung dan kurang akalnya.

Aku perlu hidup baru.
Hidup yang bukan celaru

June 20, 2009

Pesan Ayah

Ayah selalu pesan
Solat jangan tinggal-tinggalkan

Ayah selalu beri peringatan
Supaya aku jangan ikut syaitan

Ayah sering bagi duit
Supaya hidup harian aku tak sempit

Tapi, apa aku balas?
Hanyalah keputusan peperiksaan yang cukup-cukup lepas

Apa aku buat?
Bila kena marah, terus buat muka ketat

Apa aku bagi?
Alasan yang sama berjuta-juta kali

Namun, kasih Ayah tetap datang
Untuk aku yang tak cukup matang.

Terima kasih buat Ayah
Kerana selama ini bersusah payah

Selamat Hari Bapa aku ucapkan
Semoga umur Ayah kan berpanjangan


SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH KU!

Pesan Mama

Mama selalu berpesan
Terus berwuduk bila dah azan

Mama selalu ingatkan
Malas itu bisikan syaitan

Mama selalu perhatikan
Kalau salah, Mama ajarkan

Tapi, itu semua dulu
Kini, aku sudah pun besar
Dan sepatutnya aku berasa malu
Sebab lupa apa yang Mama pernah ajar

Mama..
Terima kasih.

Entri Pertama : Suatu Permulaan

Ini penulisan yang pertama
Aku coretkan di dunia imaginasi yang luas ini
Yang akan menjadi papan hitam percuma
Untuk pensel dan kapur yang aku beli

Sekian.