August 24, 2011

Tidak Gembira

Ada yang berkata-kata
Kini ramai yang kian gembira
Dek kerna Hari Raya makin tiba
Dan sang puasa bakal tiada

Tidak
Aku tidak gembira

Ramadhan ini bagai sekadar bertegur sapa
Terasa lalu hanya tepisnya
Dan kini kian tiada
Aku, hampir leka akan kehadirannya

Oh Ramadhan,
Tunggu aku.

Dalam Mimpi

Dia hadir, semula

Kali ini, berbuka puasa
Makanannya lambat tiba
Dan seperti biasa
Dia membuka bicara bisanya
Menuntut keadilan tunas-tunas rasa

Aku,
Teruskan bersantapan

Makan.

August 15, 2011

August 06, 2011

Berjaya!

Aku tidak tidur selepas sahur. 
Berjaya!

Namun, aku tidak lelap kerna aku terjaga di malam hari
Jam dua belas, lima minit
Aku terjaga dek kerna belum solat Isyak

Dan aku masih berjaga ke sahur
Ke masa ini, jam lapan dua puluh lapan pagi

Masa itu aku isikan dengan membaca
Bahan ilmiah yang tiada kena mengena dengan aku
Sekadar menambah ilmu didada

Puas?
Tetapi sekarang sudah penat

Alamak.

-- 
Sent from my iPhone

August 05, 2011

Terasa Rugi Di Ramadhan Ini

Ok. Hari ini, rojak-rojak aku tuliskan. Selepas sahur, pantas mata ini aku tidurkan. Terasa sungguh rugi. Sungguh rugi. Kerana aku patut gunakan tempoh itu untuk berbuat sesuatu yang lebih manfaat dari rehatkan tubuhku. 

Gagal. Niat itu sudah aku pasang semenjak hari pertama ramadhan, namun aku hanya mampu terlentang kujur di katil keras ku. Banyak perkara yang boleh aku lakukan:

  1. Baca Al-Quran
  2. Baca buku ilmiah
  3. Baca buku cerita
  4. Buat kerja

Aku harus berusaha lagi. Harus tidak terus tidur lagi. Mesti. Wajib. Tapi, kalau badan penat, aku khuatir berjaga tika itu akan memberi manfaat buat diri ku. 

Dilemma lagi.



-- 
Sent from my iPhone