July 31, 2011

Hasrat

Akhir-akhir ini,
Hasrat lama mula timbul kembali
Hasrat dahulunya aku bagi mati
Rupanya masih tegak berdiri

Hasrat itu datangnya dengan perancangan
Aku tetapkan tempoh 9 tahun lagi untuk dilaksanakan
Namun, ku rasakan ianya bakal diketepikan
Kerna hasrat ini harus dipercepatkan

Bukan apa
Cuma, nan kian makin terasa panggilannya
Panggilan yang dulu aku main-mainkan sahaja
Akan tetapi kini terngiang-ngiang didada


Sent from my iPhone

Ramadhan



Ramadhan itu sudah kembali
Moga-moga diri ini dapat memberikan fokus yang tiada henti

Semoga, Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang berisi
Ku harapkan ianya dapat memenuhi hati yang sudah la sepi

Semoga, Ramadhan kali ini bukan seperti yang terdahulu
Ku harapkan ianya bakal mengajar diriku

Ramadhan, bulan yang sungguh mulia
Dugaan buat manusia
Tiada lagi berdalih bahasa
Semuanya atas kesedaran didada

Jikalau bulan yang dulu-dulu
Kau kata sebab si hantu
Kini kamu bakal membisu
Dek kerana yang tinggal hanya hawa nafsu

Doa ku buat diri
Dapat ku tempohi ujian ini
Dengan rahmat Mu, wahai Ilahi
Dapat ku rasa nikmat yang diberi

Selamat berpuasa
Serta selamat berperang dengan manusia

Assalamualaikum.

July 27, 2011

Aku Dalam Dilema




Bukan tamak
Bukan juga mahu segalanya
Cuma, aku mahu yang terbaik buat diriku

Bukan tidak mahu
Bukan tidak sanggup
Cuma, kerja ini tidak memuaskan hatiku

Apa, salah jika aku mahu berubah?
Lakukan yang berbeda dari apa yang ku lakukan sekarang

Aku diberi pilihan
Pilihan itu, bukannya datang berkali-kali
Cuma sekali, kemudian henti

Tangan kakiku berasa berat
Seolah-olah diikat dek oleh tali yang halus
Tidak mampu dilihat oleh mata sang manusia
Namun, dapat ku rasa ikatan itu

Kehadiran ku di sini diumpamakan the saviour
Segala perihal kecemasan, akan di humban ke muka ku
Dan aku harus memastikannya selamat, tidak kira waktu atau saat

Di sini, segala keputusan ku harus di kaji semua
Apa, aku rasa tidak seperti aku yang punya
Apa, tidak boleh aku membuat keputusan sendiri?
Apa, aku tidak mampu membawa diri?

Ku ingin bebas dari talian ini
Sudah lama ku fikirkan
Namun, sanggupkah aku melihat dari jauh
Tersungkur layunya abang aku?

Argh.

Bolos saja fikiran itu (bolos saja dinding itu)

Kini, apa haluan tuju ku?