December 24, 2010

rezeki atau dugaan

macam macam yang datang
mungkin, bagi pihak lain ianya rezeki
namun di kata mataku ianya adalah dugaan

dugaan menepati janji
dugaan untuk kekal iman di hati

ya Allah,
permudahkanlah urusan harian ku
moga iman ku kekal untuk mu

amin

November 22, 2010

Ujian Setimpal

"Bahwa jika seseorang menghina saudara mukminnya atas suatu dosa, dia takkan mati sampai Allah mengujinya dengan dosa yang semisal dengannya."

[kata-kata Imam Ahmad ibn Hanbal dalam Kitab Az Zuhd]

November 21, 2010

Salah Niat Bangun Tidur

Sunshine from here


Rugi.
Rugi bila aku bangun pagi, niatnya bukan untuk Dia
Malah, mungkin aku syirik kepadaNya

Betul bukan?
Ramai antara kalian seperti aku
Buka mata di pagi hari, demi kerjaya kamu
Dan bukannya, terbit siang itu, kamu bangun dek Tuhanmu

Kita bangun pagi
Mampu berdiri lagi
Semua itu, dengan kehendak Ilahi
Dia yang bagi

Kadang-kadang, aku terlepas waktu wajib Subuh
Siap terlentang dengan selimut tebal ditubuh
Bangun, gosok kelopak mata, kemudian mula mengeluh
Padahal, solat awal Subuh yang disuruh

Ya Allah,

Yang Maha Berkuasa
Lagi Maha Bijaksana

Yang Maha Mengetahui
Lagi Maha Mengasihi

Ampunkan dosa hamba mu ini
Bukulah pintu hati kecil ini
Biar lapang, luas, dan bebas untuk beriman berdiri
Dan terangilah hati hitamku ini



p.s. // apa tuan puan, adik kakak, pakcik makcik pernah terlintas perkara diatas? tidak pula aku.

November 16, 2010

terkedu

tiba tiba
diri ini berdiri dihadapan cermin
menatap wajah nan jelita

terkedu
bila kita melihat diri sendiri
banyak perkara yang bermain difikiran

apa sudah aku lakukan
apa sudah aku terlebihkan

sudah!
harus aku musnahkan

bukan untuk berkelahi, malah untuk bersatu hati

p.s / kandungan ini tidak melibatkan insan, hanya teknologi

dalam banyak-banyak perkara
ada yang disalah sangka
kadang-kadang, sesuatu itu dibuat bukan untuk menjatuhkan yang lain
namun, atas dasar membantu
atas dasar ingin tolong

kenapa mesti dianggap sebagai pesaing
sedangkan berdua itu boleh berjalan seiring
apakah, dalam dunia semuanya bertanding?
dilaga-laga, dan dibanding?

ini cherita bukan perihal manusia
ini cherita kisahkan benda

November 15, 2010

selamat berjaya

hampir tamat

belum tidur
mata ini masih terbeliak

namun, apa yang ada di fikiran
tidak mampu di tenangkan

besok adalah permulaan,
untuk penamat

kamu,
semoga berjaya

Rabbi Yassir wala tu'assir

August 08, 2010

sudah sekian lama

sudah lama tangan ini tidak mencoret apa-apa disini
maaf ya

selamat hari jadi
untuk kamu
dan kamu disana
dan selamat pengantin baru

hidup, diteruskan!

July 02, 2010

percaya

aku sedar
hari demi hari, pertalian itu makin pudar

namun,
bila ditenung jauh
aku faham
dan aku terima kenyataan ini

berbekal pengalaman dan pengetahuan ini
aku berdiri tersenyum
biar pun jauh
dan makin hari makin jauh

percaya
itu yang aku ada untuk kamu

biar makin jauh
biar makin pudar

percaya akan kekuatan kamu
sudah buat aku bahagia
sudah buat aku tersenyum

akan tiba saat itu
kamu hilang jauh
hilang dari mata ini
dan tidak akan kembali

saat itu
aku tidak akan gundah
aku tidak akan berdarah
kerna siapa kamu kini
senantiasa di hati

terima kasih

usah risau
jika tidak bertemu lagi

for what ever you'll do, i have my trust in you

June 19, 2010

perlu vs tidak perlu

ini masalah hidup aku
sejak aku di bangku menengah rendah
guru-guru ku sering memberi tahu aku
yang aku punya sikap ini

sikap tidak membezakan perlu dan tidak perlu

contohnya:

perlu
perkara yang aku perlu lakukan sekarang
perkara yang perlu aku laksanakan masa sekarang
dan perkara itu adalah ulang kaji pelajaran aku
supaya aku tidak buntu tika peperiksaan kelak

tidak perlu
berjalan ke hulu hilir
atau, mempunyai niat untuk menggodek tema belog ku
atau, menyiapkan projek terbengkalai ku
atau, mempunyai niat untuk memulakan projek baru

hmm
sering kali, pilihan aku adalah 'tidak perlu'

kata-kata pensyarah aku,
"you always do the things that you don't have to, while doing nothing for the things you should"

ini adalah masalah besar
mashaAllah

June 14, 2010

masih ada

masih ada
masih di dalam sini


menunggu masa tiba
atau
sekadar angan-angan sahaja


aku,
masih menunggu
masih disini

June 10, 2010

perjuangan

kini, perjuangan itu kian hampir
bersedialah
sedarlah
mulakanlah langkah kamu

semoga kamu tabah mengharunginya
semoga kamu cekal menghadapinya
kerna aku tahu kamu mampu

selamat berjuang
aku doakan kamu berjaya
menawan takhta pihak lawan mu

insyaAllah

May 19, 2010

motivasi diri

motivasi aku
adalah kamu

namun, aku ikut dari jauh

selamat berjaya ^__^

May 18, 2010

ini buat si dia

untuk kamu
aku doakan impian mu bakal tercapai
insyaAllah

macam yang kamu katakan
kamu hanyalah manusia

bukan robot
bukan pokok
dan bukannya malaikat

senyumlah

kemampuan manusia itu berbeda dari makhluk lain
ia mampu berubah
ia mampu membuat pilihan

senyumlah

yang mana
pilihan itu terletak ditangannya

yang mana
keputusan perubahan itu adalah miliknya

senyumlah

aku tahu
kamu mampu

aku tahu
itu adalah sifat mu

May 16, 2010

buat cikgu, mama dan makcik

selamat hari guru
ucapan ini aku utarakan kepada kalian

jasa kalian?
biar Tuhan yang memberi balasan
insyaAllah.

April 26, 2010

keikhlasan

panjang ingin aku karangkan,
namun biar aku simpan dahulu
biar yang ringkas jadi pendahuluan

------

kehadirannya menduga keikhlasan ku
tidak pernah redup
tidak pernah sejuk

aku senantiasa di uji
ya Allah, berikan aku kekuatan iman
moga dapat ku pastikan telusnya keikhlasan amal ku

amin

April 18, 2010

rendah semangat

ini satu titik dalam hidup aku
rasa tidak bersemangat
rasa bodoh sangat
namun tiada air mata untuk dikesat-kesat

mengimbau yang lepas
melihat yang mendatang

aku tiada di mana-mana

mungkin,
bila sudah jauh ke hilir
baru aku sedar
jalan ini bukan yang harus aku pilih

di simpang dahulu
satu arahnya ke timur
satu arahnya ke selatan

mungkin,
yang ke timur itu lebih sesuai buat aku

mungkin,
yang di timur itu adalah sebahagian dari aku

kini aku di sini
tidak mampu berpatah balik
namun,
tidak jua kemana-mana

aku sesat

April 10, 2010

sekali lagi

sekali lagi
dalam radii kewujudan mu
aku tersungkur

kini aku tahu mengapa
perubahan itu berlaku secara automatis

pandangan mu

itu yang aku jauhkan
itu yang aku menafikan

mohon maaf
andai kamu terluka
terguris daging di dada

maaf

April 06, 2010

buka hati

bila?

April 03, 2010

berubah

dalam radii kehadiran mu
aku berubah
langsung, terus berubah

maaf

March 30, 2010

ingatan atau mainan

ingatan terhadap namamu
mengingatkan ku kepadaNya

atau,
ini sekadar mainan syaitan
cubaan mengkaburi mataku

gelisah & resah
aku takut

berlarian anak

kalau berlari terlalu laju,
jatuhnya parah

cuba berlari-larian anak
mungkin, sebelum jatuh sempat berdiri kembali

kenapa tidak berjalan sahaja?
perlahan sangat
peluang tidak menunggu

fikir-fikirkan
dan selamat beramal

March 27, 2010

mata ini kepanasan

panas bukan sebab dibakar
panas bukan sebab benci

namun, seperti demam itu mahu datang mencari

sungguh tidak selesa
alamak, ini perihal serius

shuh! shuh!

bimbang

sudah lama bibir ini tertutup rapat didepan mu

risau
bimbang

harap kamu segera pulih
dengan kelajuan penyembuhan maksimum

ok?

March 22, 2010

tenang vs malas

ini masalah aku sejak lahir
aku tidak pasti apa
adakah ia malas
atau sekadar terlalu tenang

disekolah,
aku sering ditegur
yang aku ter-amat-sangat tenang
kalau besok ada PMR
hari ini aku masih tenang
atau, itu adalah malas?

yang pasti
aku tidak terloncat sana sini
buka buku itu ini
aku hanya goyang mata dan kaki

bagi aku
penyakit ini sudah berevolusi
semakin kental

ada masanya
aku tergerak minda
cuba mencari ubat penyembuhnya

namun
ada ketikanya ia umpama kelebihan
ia mengekalkan kesihatan badan
ia mengekalkan kewarasan pemikiran

yang mana satu?
yang itu?
atau
yang ini?

atau
kedua-duanya?

apa pendapat anda?
biarkan saja?

March 20, 2010

solat

*tok tok tok*

...

"ya, siapa?"

*diatas talian telefon*

...

*tamat perbualan telefon*

"saya.."

*baru lepas solat rupanya*

"erk. ok. tidak mengapa. rancangan berubah."


---
makan dalam

aurat oh aurat

hari makin hari
aurat aku macam 'vavi'
semakin jahanam

aku sedar
aku tidak buta

namun,
kenapa aku tidak ambil tindakan?

jelik dengan diri ini
damn you

March 18, 2010

gila cemburu, ok

cemburu sangat-sangat
sampai boleh rasa hangat
jika tiba-tiba teringat

bukan apa
kenapa dia ada kemampuan itu
kelebihan yang aku amat ingin-inginkan

kelebihan aku?
eleh, tak penting pun
dia punya kelebihan yang lebih penting

jeles
gila-gila punya jeles

wacha! wacha!
hai-yak!

March 14, 2010

pergi rawatan spa

lihat
belog ku sudah keluar dari rawatan spa
kini, aku belog ini berwajah baharu

tiada alasan yang pelik
sekadar mencuci 'muka'

aku punya suka lah!

the smile on your face

# hari ini kita bertutur dalam bahasa inggeris ya

...
poem accidentally deleted
...


it was a long written poem about your smile
however God don't permit me to post about it
thus He makes me accidentally deleted the texts

hmm
it is His fate on me
just when i want to portrait your smile in this poem
He shows to me that I must not

redha

March 12, 2010

Majlis Nikah

ramai yang inginkan kelainan pada majlis pernikahan mereka





Bagaimana dengan yang diatas?
Tambah beberapa buah khemah supaya tetamu berteduh (Malaysia adalah panas)
Tambah sebuah pentas beratap
Tambah 3 buah pelapik duduk diatas pentas

Sedikit bunga di sekeliling pentas
Sedikit rama-rama / burung helang

Selesai

Menu?
Haha. Bukan kemahiran aku
Biar mama yang buat

Bai

March 04, 2010

tahukah anda

tahukah anda
aku kini sudah bertukar rupa

tahukah anda
hati aku kini tiada yang kedua
hanya Dia

tahukah anda
kehadirannya datang bersama sejenis aura

tahukah anda
aku kini hilang daya
pada detik ini aku sudah tiada kebolehan menggoda

tahukah anda
aku ini, ada semua sifatnya
berubah-rubah, tiada tetapnya
siapa aku? ternyata bukan satu

tahukah anda
aku ini siapa?
aku ini bagaimana?
aku ini dimana?

tahukah anda
kini anda di penghujungnya
penghujung kata-kata

tutup

February 28, 2010

ingatan buat diri

perhatian buat aku
sila tidur dengan kadar yang sempurna dan lengkap

ini prinsip kesihatan sejagat

February 21, 2010

mata hati mereka

aku hairan
jelik terhadap diri sendiri
apakah aku tidak nampak apa yang mereka nampak?
kenapa tidak aku?
dan, yang sebenar-benarnya, apakah yang mereka nampak itu?

atau, aku sering pandang ia dari sudut yang tidak sempura?
senget?
terjongkit?
terbalik?

cemburu itu sering datang

namun,
yang sering tinggal hanyalah cemburu

February 12, 2010

nampak kebaikan untuk orang lain, namun bukan untuk diri sendiri?

tercetus perihal ini di serebelum ku di tengah hari tadi.

secara ikhlas nya, aku sering terlihat atau terlintas di fikiran aku, bahawa yang sesuatu itu adalah bagus untuk orang lain. tidak kira dari segi penglihatan atau sekadar pemikiran, aku sering teringat akan sesuatu hal itu akan di memberi banyak manfaat buat pihak kedua. tidak kira buku, lagu, atau apa sahaja. pasti minda ini mengkaitkannya dengan orang lain.

namun, tidak pula, atau jarang sekali (ter-amat-sangat-paling jarang) aku pandang sesuatu itu akan membawa kebaikan buat diri aku.

mengapa ya?

February 11, 2010

mari membaca

semenjak dua-tiga-empat-lima-enam-tujuh-menjak ni, aku banyak membaca. bukan perkara ilmiah. namun, buat aku, bahan-bahan berhuruf ini memberi aku banyak pengajaran dah ilmu: tentang manusia dan sifat peribadinya, serta hubung kaitnya dengan agamaku.

ada ilmu tentang pembaziran, dan penulisan itu menerangkan hakikat pembaziran dari pelbagai sudut, bukan hanya harta dan wang ringgit.

ada juga perihal dunia yang bagi aku, kini berwarna kelabu. diseret kiri dan kanan. siapa yang sakit? yang di tengah-tengah. yang saling tarik-tarik? mungkin tidak di dunia, namun siapa tahu sakitnya dia akhirat sana. keliru.

perihal sebegini, aku cuma mampu bertutup telinga, yang menadah tangan berjejari lima. mohon doa agar pihak yang benar mendapat haknya, begitu juga si benang hitam basah. ini baru di tanah melayu. luar negara? oh, tidak mampu aku panjangkan akal ku, kerna hati budi manusia itu, tiada siapa yang tahu. semoga saudara islam ku kuat dengan iman nya.

aku cermin tubuh badan ini. mampu aku bertahan? menempuh dugaan sebegini jika jatuhnya ia di telapak tangan aku? mampukah iman di dalam hati ini melindungi aku?

tiada manusia yang tahu, hanya Dia.

January 27, 2010

perihal 88

apa itu erti tanggungjawab
cuba kamu-kamu cari dalam kitab

semua orang memilikinya, termasuk aku dan mereka
betul. mereka itu kamu semua
kenapa? tak percaya?
melainkan kamu gila,  kerana mereka tiada

i was raised to be family-person

itu aku kata pada tubuh ini
aku akan pergi jauh besok pagi
dan ini buat yang pertama kali
percubaan untuk merentasi bumi

kamu-kamu doakanlah aku selamat
dan bukan pulang sebagai mayat
insyallah, tiada yang terkerat-kerat
seperti yang terjadi dalam kejadian dasyat

wassalam

January 25, 2010

perihal 87

cukup sudah aku buang duit
perlu mula untuk buat semula kertas bernilai di mata manusia itu

bermain itu bagus
cuma perlu ada batasannya

kamu..
hati-hati di tempat bahaya
nanti luka sini sana

babai

wassalam

January 01, 2010

perihal 86

rasa rugi
kenapa?

perasan akan tibanya tahun 2010
namun seakan-akan lupa tibanya maal hijrah tempoh hari

rugi bukan?
hmmm

impian hijrah : tingkat amal