September 30, 2011

Paranoia

Sungguh, aku rasakan aku kini dalam paranoia
Asal-usulnya tidak akan aku bicarakan disini

Cuma, aku tidak suka berada dalam keadaan sebegini
Aku benci.

September 22, 2011

Terbangkan Sahabat Ku, Buat Sahabat Ku

ingin sahaja aku gondolkan simpanan ku
terbangkan sahabat ku dari nun seberang
ke sini, ke tanah besar ini
supaya dapat ku pertemukan dua sahabat ini

ahh, itu hanya angan-angan basi

ku tidak punya semua kekayaan itu
untuk terbangkan sahabat ku ke sini
walaupun untuk hanya seketika

selamat hari raya.

September 08, 2011

Perihal Pondan & Pedas



ok. aku bakal berbicara perihal tidak sihat yang kian meruncing di negara tanah air ku, malaysia.

aku di takdirkan untuk menatap muka depan tabloid yang sememangnya merupakan bahan baca sebahagian besar penduduk di malaysia. terutamanya meleis. tajuknya tidak mendatangkan sebarang kebimbangan kepada aku. dikala aku meneliti maksud tajuknya: Natasha punca 'kekasih' disimbah asid, tiada apa yang pelik atau jelik. mungkin seperti kes-kes kebiasaan, wujudnya cemburu dari pihak luar.

kehadiran simbol apostrophe ( ' ) di perkataan 'kekasih' telah menimbulkan kecurigaan di bendalir serebelum ku. lantas, aku terus membaca ke bawah.

Pondan dakwa banyak pihak tidak senang hubungan dengan 'kekasihnya'

aku terkejut. ternyata tanggapan ku bahawa cerita ini sekadar cerita biasa tersasar jauh. aku teruskan membaca. subhanallah. perkataan-perkataan yang disusun berikutan tajuk tersebut membuatkan aku lebih jauh sedih, takut, amarah, dan benci terhadap watak utama, tidak lupa juga tabloid ini.

idea murahan yang bakal menjatuhkan institusi kekeluargaan, keselamatan dan agama islam di negara ini, malaysia.

perihal pondan tidak akan aku gubal secara mendalam, kerna aku tahu ianya bukan lagi isu mentah atau isu baru buat negara yang kononya bertahtakan agama islam selaku agama rasmi. punah.

mari sini aku cerita, kisah sang kosmo yang tidak wajar.


KOSMO OH KOSMO

pendapat aku, pihak kosmo tidak wajar mengutamakan isu ini, lebih-lebih lagi di muka hadapan tabloidnya. ada berbagai-bagai lagi isu yang lebih penting dan memerlukan liputan sebegini. apakah tidak ada lagi kejayan-kejayan atau perihal keadilan yang lebih penting daripada isu di atas?

dengan kenyataan yang hasil tulisan diatas, ianya membuatkan isu 'pondan dengan kekasih gelapnya' sebagai sesuatu yang memerlukan keadilan daripada masyarakat awam, sedangkan perbuatan itu sendiri sudah terkutuk. subhanallah.

karangan terbabit menceritakan, perihal si mangsa yang ingin menuntut keadilan akan kekasihnya, seorang lelaki, yang telah disimbah asid kerana mempunyai hubungan dengan dirinya, natasha, bukan nama sebenar.

jika kita fikir dengan lebih mendalam, perkara ini tidak seharusnya dipaparkan secara besar-besaran oleh kosmo, kerna ia bakal memberikan pandangan yang kurang tepat berkaitan hubungan pondan–jantan. hubungan homoseksual ini ditegah secara keras-keras oleh islam, tidak lupa juga agama-agama lain.

langkah yang diambil oleh pihak kosmo (atau ketua editornya) telah memberikan harapan palsu buat pondan-pondan diluar sana, serta kekasih-kekasih mereka.


TINDAKAN TERKINI

dikala ini, pihak kerajaan pusat dan negeri, serta pihak-pihak lain yang berkenaan mula mengorak langkah  dalam membendung perkara ini. saranan agar natasha ditangkap jugak turut dikeluarkan oleh pihak tertentu.

namun kita lupa. satu lagi pihak yang kian mendapat 'hall pass' oleh kerajaan, mahupun pihak-pihak lain yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan perkara ini.

pihak tersebut adalah media: dan hari ini adalah kosmo (tabloid).

kosmo dengan serombono memaparkan isu terbabit secara umum, sedangkan perkara tersebut cukup sekadar disampaikan kepada pihak yang terbabit. secara psikologinya, rata-rata masyarakat yang membaca tabloid tersebut, bertarikhkan 6 september, selasa, 2011 akan mempunyai reaksi yang pelbagai.

apa yang dikhuatiri dan ditakuti adalah reaksi positif terhadap perlakuan natasha dan rakannya. menyokong perbuatan natasha, malah memberi harapan kepada pondan-jantan diluar sana bahawa mereka adalah pasangan normal.

kejadian yang menimpa kedua-dua ini sepatutnya mampu dicegah jika mereka tidak tinggal bersebumbung dengan kenyataan 'pasangan bahagia'.

kosmo sepatutnya mencerikan perihal keburukan pasangan songsang ini. bukannya membela nasib mereka sepertimana mereka berkelakuan normal, dan sah disini undang-undang, malah agama islam.


AMBIL POSITIF

pihak yang terbabit dengan isu ini seharunya mengambil iktibar positif, bahawa perilaku mereka adalah tidak betul, dan dikutuk oleh islam.

ambil positif, kejadian buruk (disimbah asid) yang menimpa mereka adalah petunjuk akan kesalahan yang telah mereka lalui. aku tidak akan mereka bakal ke syurga atau neraka. itu bukan kemahiran ku, malah jauh sekali kelayakan ku. hanya Dia sahaja yang bakal menentukan nasib mereka diakhirat kelak.

namun, kita manusia telah diberikan tunjuk ajar melalui Rasul dan Kitab Nya, akan perkara yang dilarang-ditegah dan perihal yang tidak patut dilakukan oleh manusia sejagat.

sesunggunya petunjuk daripada Nya datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. dan beruntunglah bagi mereka yang diberikan petunjuk.


HATI-HATI, BUAT PASANGAN NORMAL

isu asid ini bukan lagi isu picisan. hari-hari, kerap kita mendengan kes-kes berkaitan mangsa disimbah asid. adanya disebabkan cemburu, hutang, hasad dengki, suka-suka (psiko).

buat pasangan-pasangan sah dan juga yang sedang menuju pengesahan, sila ambil berat isu ini. keselamatan pasangan masing-masing haruslah menjadi perkara penting, dan hindarilah wujudnya orang ketiga (dengan niat).

jika, wujud juga pihak ketiga yang kurang berhati perut itu, berdoalah agar dijauhkan mala petaka buruk keatas dirimu, keluarga mu, dan juga pasangan mu.

manusia kini makin menggila-gila ke-tidak-warasan-nya. gelombang cemburu mampu mengakibatkan sengsara kedua-dua belah pihak, fizikal dan jiwa raga.

ambillah langkah awal dengan berterus terang, hindari syak wasangka dan juga keadaan-keadaan yang mampu mencetus ketegangan.

buat perempuan yang cemburu diluar sana, bersabarlah.
buat lelaki yang cemburu diluar sana, bersabarlah.

wassalam.

September 07, 2011

Sudah Agak Lama


bak kata orang seberang sana, 'it has been ages'.

sudah lama aku tidak mencoretkan sepatah, dua kata di sini. bukannya sombong. aku tidak mahu. cuma kekangan masa dan waktu yang tepat dek kala aku mahu menulis itu tidak kena. ada sahaja yang membantutkan hasratku untuk menekan-nekan papan kekunci ini.

banyak perkara sedang berlaku di malaysia yang membuatkan aku terfikir-fikir, memerah serebelum kontang ku ini. pelbagai persoalan timbul. kes kemalangan. rompakan kedai mamak. penderaan kanak-kanak, orang dewasa, dan juga haiwan. yang politikus dengan kejar-kejarannya. saling menuding jari. saling memaki-maki.

kemudian aku lihat tubuh urat empat kerat ini.

dalam seharian, apakah yang aku mampu usahakan.
- aku tidak membeli-belah
- tidak juga membaca buku ilmuan
- tidak juga membaca akhbar harian
- tidak juga memberi pertolongan
- tidak juga bersalam-salaman
- tidak juga bercinta-cintaan
- tidak juga...
- tidak juga...
- entah lah

singkatnya, tiada yang ku capai dalam seharian ku. penat lelah ku sekadar menunggu waktu bersantapan, atau waktu beradu ku.

bingung.