Bukan tamak
Bukan juga mahu segalanya
Cuma, aku mahu yang terbaik buat diriku
Bukan tidak mahu
Bukan tidak sanggup
Cuma, kerja ini tidak memuaskan hatiku
Apa, salah jika aku mahu berubah?
Lakukan yang berbeda dari apa yang ku lakukan sekarang
Aku diberi pilihan
Pilihan itu, bukannya datang berkali-kali
Cuma sekali, kemudian henti
Tangan kakiku berasa berat
Seolah-olah diikat dek oleh tali yang halus
Tidak mampu dilihat oleh mata sang manusia
Namun, dapat ku rasa ikatan itu
Kehadiran ku di sini diumpamakan
the saviour
Segala perihal kecemasan, akan di humban ke muka ku
Dan aku harus memastikannya selamat, tidak kira waktu atau saat
Di sini, segala keputusan ku harus di kaji semua
Apa, aku rasa tidak seperti aku yang punya
Apa, tidak boleh aku membuat keputusan sendiri?
Apa, aku tidak mampu membawa diri?
Ku ingin bebas dari talian ini
Sudah lama ku fikirkan
Namun, sanggupkah aku melihat dari jauh
Tersungkur layunya abang aku?
Argh.
Bolos saja fikiran itu (
bolos saja dinding itu)
Kini, apa haluan tuju ku?