July 21, 2012

Merapu #3

Berkali-kali, aku mimpi perihal yang tidak sama
Namun ianya saling berkaitan
Mimpi ku perihal rumah tangga
Mimpi ku perihal akad ikatan

Sungguhnya, mimpi itu seakan-akan benar berlaku
Bak kata hati ku
Inilah yang dikau mahu
Dua hati akad bertemu

Sedar aku dari pelukan mimpi
Ku bergegas bertanyakan diri
Apakah akal ini sudah hilang kendiri
Kenapa pula ini yang dimimpi

Ah

Ini mungkin mainan syaitan
Sengaja buat aku hilang kesedaran
Atau ini mainan perasaan
Yang mencerobohi akal fikiran?

Kejadian itu bukannya sekali
Hati dan minda ku dipermain bertubi-tubi
Bagai aur dengan besi
Ceh. Ini memang tidak bererti

Ah

Semua ini hanyalah dugaan
Biar kental hati dan perasaan

Namun, di sudut hati kecil ini
Aku juga ingin merasai
Nikmat yang Kau beri
Jika sampai hari nanti

Namun begitu..

Naluri dan perasaan ku berbaur sepi
Kerna diri ini dapat merasai
Hajat ini tidak bakal ku penuhi
Kerna umur ku tidak sepanjang kononnya si bakal buah hati

Ntah la
Perasaan ini kuat di dada

Ampunkan aku jika tersalah bicara
Ampunkan aku jika tersalah terkata
Ampunkan aku jika tersalah cerita

Selamat menyambut Ramadan

June 25, 2012

Isteri Yang Solehah

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.”
— (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

June 13, 2012

Stress

Super stress
Hyper stress
Ultimate stress

Tiada idea

&£#%<~!?¥+*^![|#_<€\*}€}!

May 29, 2012

Titik Perubahan

Hijrah itu, antara maksudnya adalah berpindah. Maksud lainnya jugak adalah berubah.

Kini aku di satu titik perubahan yang besar. Suatu permulaan yang bakal menjadi sesuatu yang amat besar, atau sekadar semput-semput ayam sahaja. Permulaan dari titik saat ini bakal membentuk masa hadapan ku. Keputusan yang sudah lama terngiang-ngiang di ufuk sereberum ku.

Langkah ku panjangkan
Kangkang ku besarkan
Putaran ku lajukan
Perubahan yang ku inginkan

Mengusahakan sesuatu pasti
Demi hari yang menanti

May 20, 2012

Merapu #2

Berat untuk membuat keputusan.
Sungguh berat untuk dipikul minda tidak berkuasa ini.
Keputusan yang membedakan sekarang dan masa akan datang.

Stress.
Kaku mulut ku
Kaku serebelum ku
Kaku perilaku ku

Berhenti
Dan mula semula
Dari awak
Dari arah berbeza

Doakan aku berjaya

February 09, 2012

Merapu #1

sudah lama aku tidak menulis disini. bila ku lihat kata-kata terakhir ku adalah pada bulan september, tahun 2011.

* * *


–– rujukan gambar

bukan aku tidak mahu mencoretkan isi hati dan akal di meja ini, cuma diri ini tidak mampu meluangkan masa yang sesuai dan cukup panjang untuk tup-tap-tup-tap papan kekunci ini. niat untuk menulis tidak pernah padam, cuma tidak kesampaian.

hari demi hari, pelbagai buah fikiran timbul di ufuk sereberum aku. pelbagai kisah dan cerita; perihal dunia, perihal akhirat, perihal kini dan perihal akan datang. lazimnya, melibatkan perjalanan hidup aku. bukan apa, makin hari, tiap jam dan saat yang kian berlalu, aku sedar akan usia fizikal ini yang semakin hampir ke hujungnya.

aku mulakan dengan pasangan hidup. aku hairan, ada kalanya perasaan itu timbul dan tenggelam. bagai chipsmore. ku pandang kiri-kanan, jauh-rapat; ramai teman atau kenalan ku yang bakal mendirikan rumah tangga, mendirikan meja makan dan dapur, serta permulaan berkeluarga.

ku cerminkan diri ini, mula berfikir sejenak tentang apa yang aku harus lakukan, ingin lakukan dan pernah dilakukan. perasaan 'masih tidak lengkap' itu mula menyelubungi di ufuk hujung hati ini. persoalan mula wujud:


  • adakah diri ini bakal menemui teman hidupnya?
  • adakah diri ini mampu menemukan teman hidupnya?
  • jika wujud, bagaimanakah rupa atau peribadi pelengkap rusuknya?
  • jika wujud, adakah si dia mampu menerima peribadi diri ini?
  • bagaimana dengan reaksi ibu-bapa ku?
  • bagaimana pula reaksi ibu-bapanya?
  • mampukah aku; secara zahir dan iman?

setelah makin difikirkan, aku dapati makin jauh aku dari impian ini. atau angan-angan basi ini.

mampukah aku mencintai Nya lebih dari aku mencinta si dia? padahal aku sendiri tidak mampu merungkai ertinya 'cinta'. ada yang mentafsirnya sebagai perilakul fizikal dan realistik. ada juga yang mentafsirnya dari sudut ghaib.

bagi aku, cinta itu hanyalah untuk Nya. bukannya untuk sesama manusia. definasi 'cinta' itu terlalu dalam, luas dan tidak mampu diertikan dengan ilmu manusia. pada pandangan ku, perasan yang sering menghantui ketulan darah di dada ini hanyalah 'suka', dan bukannya 'cinta'.

aku dapati, tidak unsur 'cinta' dalam sejarah hidup ku, kerana ia tidak pernah kekal, malah jauh sekali berpasakkan pada satu titik. 

ada kalanya aku berfikiran liberal; dimana aku meletak arah tujuan hidup ini bersandarkan nilai sementara kertas biru, merah mahupun hijau. kerna aku tahu, dalam dunia ini kertas nipis ini adalah titik tolak hidup ku yang kian senja. 

jika mahukan sesuatu, harus ditukarkan dengan bilangan kertas yang banyak, mungkin tidak terlalu banyak, namun masih diperlukan. tanpa kertas biru-merah-hijau ini, tidak mampu untuk aku menyara pelengkap rusuk ku. apatah lagi untuk mengisi perut hijau anak-anak ku. sangkal saja kata ku ini, namun realitinya kamu tetap perlukan kertas-kertas itu.

jika saat ku bersandarkan akhirat, di timbang-timbang pukal iman ku, tidak mampu untuk diri ini menjadi pelengkap rusuk-rusuk itu. neraca iman aku masih berat di sebelah barat. masakan mampu untuk aku bahagi-bahagikan untuk di tambah kepada neraca teman hidup ku. 

sudah-sudah la merapu ku ini. nanti kamu pula tertepek bekas-bekas bau diri aku. oh Tuhan, jagalah diri ini, moga aku berada dalam golongan yang mentaati Kamu, dan bukannya kalangan yang menjauhi Kamu.

sesungguhnya, di suatu sudut sereberum ku berpendapat dengan kehadiran pelengkap rusuk ku, hidup ku tidak lagi begini; dan perbualan ku bukan lagi dengan hantu moden ini; papan kekunci, tetikus, dan dunia maya ini.

jika matlamat hidup ini menjadi kenyataan, banyak yang ingin ku rancang bersama si dia, ke sana-sini, mencari nikmat hidup, serta melihat keindahan alam ciptaan Mu. subhanallah.

aku tamatkan disini.

ini realiti hidup.



nota:-
dapat ku rasakan di dalam darah beku didada ini, hidup umur ku tidak panjang. tidak sepanjang yang kamu semua bakal bernafas. ini cuma cetusan hati. jikalau ianya kenyataan, maafkan aku.

September 30, 2011

Paranoia

Sungguh, aku rasakan aku kini dalam paranoia
Asal-usulnya tidak akan aku bicarakan disini

Cuma, aku tidak suka berada dalam keadaan sebegini
Aku benci.