September 07, 2011

Sudah Agak Lama


bak kata orang seberang sana, 'it has been ages'.

sudah lama aku tidak mencoretkan sepatah, dua kata di sini. bukannya sombong. aku tidak mahu. cuma kekangan masa dan waktu yang tepat dek kala aku mahu menulis itu tidak kena. ada sahaja yang membantutkan hasratku untuk menekan-nekan papan kekunci ini.

banyak perkara sedang berlaku di malaysia yang membuatkan aku terfikir-fikir, memerah serebelum kontang ku ini. pelbagai persoalan timbul. kes kemalangan. rompakan kedai mamak. penderaan kanak-kanak, orang dewasa, dan juga haiwan. yang politikus dengan kejar-kejarannya. saling menuding jari. saling memaki-maki.

kemudian aku lihat tubuh urat empat kerat ini.

dalam seharian, apakah yang aku mampu usahakan.
- aku tidak membeli-belah
- tidak juga membaca buku ilmuan
- tidak juga membaca akhbar harian
- tidak juga memberi pertolongan
- tidak juga bersalam-salaman
- tidak juga bercinta-cintaan
- tidak juga...
- tidak juga...
- entah lah

singkatnya, tiada yang ku capai dalam seharian ku. penat lelah ku sekadar menunggu waktu bersantapan, atau waktu beradu ku.

bingung.

No comments:

Post a Comment