tapi telinga aku dengar-dengarkan
pada asalnya, aku hanya 'terdengar'
kerana mereka bertutur bicara berhampiran sahaja
Watak-watak yang terlibat:
- A & B sebagai watak yang sedang berbual-bual / berbincang
- C sebagai subjek perbualan A & B
ceritanya berkisah begini
A & B bercerita perihal hati
mereka katakan D, E, F sememangnya identiti sendiri
namun, tidak buat C, katanya curi-curi
dulunya, C bukan begitu
mungkin dia pernah tersimpang berbatu-batu
namun, kini C sudah berubah
malah, sama seperti mereka, kadang-kadang berjubah
telinga aku sakit
hati aku cuba jerit-jerit
apakah salah bagi C untuk tukar tiket?
dari barat ke timur, malah berakit-rakit
itulah manusia
kadang-kadang kita terlupa
bahawasanya insan itu mampu bertukar rupa
ada yang cantik, ada yang lawa
mereka sebut, C hanya curi-curi
padahal, bukannya cermin sendiri
kan aku dah kata
manusia mudah lupa
apa kata kita ambil cermin
tengok diri sendiri, kalau cantik, amin
bagi aku, yang hanya lihat jauh-jauh
aku syukur, C mula berubah
aku akur, C memang tabah
alhamdulillah
setiap manusia itu ada kemahuannya
dan bagi aku, C ada kehendaknya
apa yang dilakukan oleh C, tidak salah, malah mesra
namun A & B yang buruk sangka
C mahu lebih mesra
C mahu lebih agama
C mahu buat apa yang dia mahu
C tidak mahu tersekat dek orang lain punya bulu
A & B kata C patut cermin dirinya
aku tidak kata salah
namun, setiap manusia itu ada kelemahannya
dan perihal baju ketat itu, mungkin tersalah langkah
apa salahnya kita menegur sapa
atau sekadar lakonkan seperti bertanya
atau berdoa agar C lebih sempurna
dan bukannya memperbesarkan kelemahannya
benar kata C suatu ketika dahulu
perut orang, siapa yang tahu
sedang kita usaha siram bunga merah
ada juga duri tajam dah berdarah
semua itu tidak disengajakan
namun, ia terluka jua dan memedihkan
demikianlah perihal C,
dimata orang lain, dia disalah anggap
bersabar ya C.
No comments:
Post a Comment