salam buat semua. buat kali ini, aL ada satu perkara untuk dibincangkan. aL mahu bincangkan perihal usrah.
*sesak nafas.
*lemas.
*tarik nafas.
*hembus.
*masih sesak.
mari bermula.
ada kenalan aL kelihatan tidak selesa dengan apa si *dia lakukan. bukan apa, namun raut wajahnya seperti terdapat unsur tidak senang apabila berkata-kata perihal usrah ini. kenalan aL bukannya tidak membenarkan perkara sebegitu, namun itu yang aL perhatikan. kelihatan gelisah dan tidak selesa.
ceritanya, aL memberi cadangan kepadanya supaya berkenalan dengan yang lebih muda. bukan apa, sekadar berkenalan. biar luas pandangan.
namun, kenalan aL terus merujuk kepada si *dia. katanya, tidak perlu kerana si *dia sudah lakukannya. tersentak di sereberum aL apabila kenalan aL berbicara sedimikian. bukan apa, raut wajahnya kelihatan tidak ceria.
aL tegur, apa yang si *dia buat, hikmah usahanya mestilah untuk dirinya. maka, mana usaha kita? bila pula untuk diri kita? jangan lepas tangan hanya kerana orang lain sudah lakukannya. kalau mahu, perlu usaha.
kemudian sambung kenalan aL, yang bahwasanya, si *dia lakukannya secara rahsia. rahsia? aL pelik. tergamam. apa maksudnya rahsia?
terangnya, si *dia lakukannya usrahnya secara berahsia. tiada diketahui kenalan aL ini. tiada hebahan yang sampai ke tulang osikelnya. tiada ajakan. tiada pemberitahuan.
hmm.
suara mulutnya buat aL berfikir sejenak. mahu ambil kira kesemua pihak. tidak boleh senget imbangannya.
tamat.
perihal kenalan aL, henti disini.
mula semula.
ini perihal dari aL sendiri.
fikir dalam. fikir hingga mahu kelam. bukan apa, aL rasa, kedua-dua pihak mungkin ada kelemahannya. mari aL pertuturkan usul-usul dari minda halus si anak lipas comel ini.
usul pertama:
kenalan aL tidak perlu rasa disisihkan. tidak perlu rasa dipinggirkan. tidak perlu rasa dirahsiakan. bukan apa, jika aL tahu akan aktiviti si *dia, masakan orang lain tidak tahu? serta, tidak perlu rasa janggal, kerana si *dia tiada tanggung-jawab untuk mewarwarkan segalanya kepada kenalan aL ini. kita kan ada rancangan harian sendiri? senyum dan jangan rasa kecewa ya.
*senyum*
usul kedua:
jika kita rasa kurang. rasa mahu. jangan ditunggu. kita yang harus maju. dalam perihal ini, disarankan kenalan aL yang kehadapan. cari peluang, atau lebih bagus, cipta peluang itu.
*senyum lagi*
usul ketiga:
si *dia mungkin tidak tahu. tiada teringat, atau tiada terdetik untuk berkata hebah. mungkin ini perlu. jarang ketemuan? sistem pesanan ringkas pun boleh juga. jika ditanya kemana, mungkin perlu dinyatakan tempatnya. tidak salah bukan?
*senyum*
*mata sepet*
usul keempat:
insyallah, si *dia boleh keutarakan jemputan kepada kenalan aL ini. manusia mungkin malu. jadi, diantara dua, salah seorang mulakan dahulu? ini hanya sekadar cetusan neuron aL. bukan arahan keras.
usul kelima:
risau aL akan wujudnya salah tanggapan diantara yang dua. bukan apa, mereka bukan ahli magis. boleh tahu isi hati antara kedua. mereka juga manusia biasa. minta dijauhkan perkara sebegini. insyallah.
usul berhenti disini.
tamat lagi.
---
rindu pagi. rindu yang empat. rindu nasi lemak. rindu batu yang ketawa. rindu kimia itu. rindu yang dahulu.
aL dh dgr dari kenalan aL, cuba pastikan dari si dia* pula, mungkin ade penjelasan. saye rindu sentuhan air pantai yang jauh, bukan kejauhan hati yg dekat. hehs
ReplyDeletehmm..
ReplyDeleteerr..
*kelu*
*kaku*