July 22, 2009

jelik dengan iklan cepat kaya ini (bio aura HAI-O)

siapa tidak pernah tertonton iklan ini dikaca televisyen malaysia, sila angkat kaki. jangan angkat tangan, kerana mungkin bau ketiak kamu tidak menyenangkan.

hujah saya : iklan ini membawa berita 'kami jutawan cepat kaya'

kenapa begitu? oh, mari saya terangkan berdasarkan pemerhatian dua biji mata kecil ini. iklan ini dikatakan membawa berita 'jutawan cepat kaya' kerana iklan tersebut menceritakan perihal mereka sekeluarga yang menjadi kaya raya dengan mendaftar sebagai ahli Hai-O. bukan begitu?

kononnya, dahulu kurang berada,
namun kini semuanya kereta berjenama.

kononnya, dahulu rumah kecil,
namun kini ada banyak hasil.

kononnya, dahulu budak kampung,
namun kini dah tak perlu tanam terung.

ergh.

bukan apa. saya kurang senang dengan iklan tidak senonoh itu kerana ia tidak, Tidak, TIDAK, LANGSUNG TIDAK menceritakan perihal produknya itu. kotak bio-aura itu. kotak bio-aura yang kononya sungguh bagus dan berjenama itu. bukankah itu sumber kewangan mereka. bukan?

ada iklan itu menceritakan bertapa hebatnya kotak aura itu. ada? jika ada, tunjuk pada penonton. terutamanya penonton yang gilakan wang dan cepat kaya itu. cepat, tunjukkan!

kamu tahu berapa harga kotak aura itu? RM 2000+. huagh! ceritakan pada kami semua, teknologi apa yang digunakan sehinggakan harganya RM 2000+ itu. cepat cerita! barulah berbaloi dengan apa yang dikatakan produk berjenama. bukan tidak percaya, namun ingin tahu. sebabnya kamu tidak cerita.

iklan KFC kata ayamnya sedap. mereka tunjuk apa yang sedap dan mengapa. nampak perbezaan disitu?

semua ini adalah konspirasi MLM. apa itu MLM? ia bermaksud Pemasaran-Bertingkat-Tingkat. faham? atau kata mat salleh, multi-level-marketing.

malaysia ada banyak syarikat seperti ini. kononya ada produk yang bagus. namun, mana produknya? mana kebagusan produknya? hanya kekayaan yang diwar-warkan.

lebih-lebih lagi, masyarakat melayu yang banyak malasnya suka 'cepat kaya' ini. nak suruh jadi buruh binaan? jangan harap. malas. kerja kuar nasi lemak? malas. pemandu kereta? malas. apa yang mereka mahu, duduk di warung, minum pepsi (zaman moden) dan masuk duit. hujung bulan ada RM10,000. goyang buntut sahaja.

hmm.
ada sesiapa yang tidak faham? sila tinggalkan pandangan anda.

5 comments:

  1. Sokong!!! Jgn jadi melayu yang nak goyang kaki hidup senang tapi usaha taknak. Iklan tu paling tak bleh blah. Lagi satu, org yang main saham, sanggup duduk depan komputer 4-5jam tanpa wat pape. Peace :)

    ReplyDelete
  2. kalau iklan azizah arifin tu, mmg logik ah bio aura tu.dia ceritakan kelebihan air mengguakan bio aura.

    yg iklan2 bio aura lain sumpah mcm gampang ah. setakat nak tunjuk rumah besar,kereta besar,bini2 ko besar, baik ah tak yah. tujuannya, nak carik downline la tu. yang untung berjuta,yang dpt pegi umrah,holiday semua tu org atas jugak. org bawah ni dok la menanggung bayar pinjaman kat bank bulan2.

    duit takkan dtg bergolek bukan?

    ReplyDelete
  3. jual kaya bukan jual barang

    ReplyDelete
  4. nak kerja MLM ney senang jew...
    asal power jual air liur,
    pasti orang akan beli..
    tak perlu jual produk..huhuhuh

    ReplyDelete
  5. saya pun jual barang MLM tapi tak lah promote cepat kaya,cepat jadi jutawan,rumah besar,kereta mewah.Paling anti tgk iklan 'duduk diam dapat duit,1% usaha,wang mencurah-curah masuk ke akaun"..tolonglah...tu sebab melayu senang kena tipu.Nak duit senang..kalau barang bagus,harga berpatutan tentu laku

    ReplyDelete