Solat jangan tinggal-tinggalkan
Ayah selalu beri peringatan
Supaya aku jangan ikut syaitan
Ayah sering bagi duit
Supaya hidup harian aku tak sempit
Tapi, apa aku balas?
Hanyalah keputusan peperiksaan yang cukup-cukup lepas
Apa aku buat?
Bila kena marah, terus buat muka ketat
Apa aku bagi?
Alasan yang sama berjuta-juta kali
Namun, kasih Ayah tetap datang
Untuk aku yang tak cukup matang.
Terima kasih buat Ayah
Kerana selama ini bersusah payah
Selamat Hari Bapa aku ucapkan
Semoga umur Ayah kan berpanjangan
SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH KU!
Alamak! Aku lupa nak buat post utk ayah aku! Demn. Nasib baik terbaca kat sini. Hehe. Thanks. Nice too. :)
ReplyDeleteDah cakap kat ayah ke belum? Jangan lupa tau :)
ReplyDeleteABDUS:
ReplyDeleteCepat-cepat, takut tak ingat.